Nasi goreng

Resepi nasi goreng sotong

Nasi goreng sotong istimewa

Hari ini saya ingin kongsikan satu menu yang mudah dan ringkas iaitu nasi goreng sotong. Saya memang suka makan nasi goreng. Selalu kalau takda masa saya masak nasi goreng kampung saja. Resepi nasi goreng sotong ini saya belajar dari salah seorang tukang masak tempat yang saya selalu makan. Rasa pedasnya pasti membuka selera anda. Lagi sedap kalau dimakan bersama sup kosong dan telur mata. Kalau tak ada selera nak makan, pasti saya masak resepi ini. Jika anda tak suka makan pedas boleh kurangkan cili api. Tak ada masalah.

Resepi nasi goreng kampung pedas

Nasi goreng kampung pedas

Sekali lagi, kita diberi nafas dan peluang untuk bertemu disini. Hari ini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng kampung pedas yang sangat sedap. Nasi adalah makan ruji bagi rakyat Malaysia. Dimasak dengan pelbagai resepi turun temurun. Sebutir beras ibarat setitis peluh petani. Pepatah yang bonda saya selalu pesan. Kalau nasi yang tak habis dimakan, jangan dibuang. Simpan dalam peti sejuk. Esok boleh digoreng dan dihidangkan untuk sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis resepi untuk nasi goreng. Nasi goreng pattaya, nasi goreng ikan masin, nasi goreng ikan bilis dan sebagainya.