Nasi ayam

Cara memasak nasi ayam istimewa

Nasi ayam istimewa

Saya selalu masak nasi ayam, kadang sampai jemu asyik guna resepi yang sama sahaja. Kali ini, saya cuba resepi nasi ayam yang baru saya belajar dari seorang kawan. Kelebihan resepi nasi ayam istimewa ini kerana menggunakan gula merah. Resepi yang lain dari yang lain dan pasti rasanya sangat enak. Resepi ini sesuai untuk dihidangkan untuk anak-anak sebab tak terlalu pedas. Ayam yang dicampur dengan sedikit madu memberikan kelainan pada rasanya.

Resepi nasi ayam hainan

Nasi ayam hainan

Hari ini saya cuba resepi baru yang mudah dan sedap. Selalu saya masak nasi ayam biasa saja. Kali ini, saya cuba masak resepi nasi ayam hainan. Tidak sangka ia menjadi kegemaran keluarga saya. Resepi ini, saya pelajari dari kawan-kawan dan saya cuba ubah sendiri mengikut selera sendiri. Nasi ayam hainan berasal dari Negara Cina dan semakin popular di Malaysia. Resepinya agak berbeza dari masak nasi ayam biasa. Saya masak menggunakan beras basmati. Rasa nasi yang lebih sedap.

Resepi nasi ayam kukus

Nasi ayam kukus

Nasi ayam merupakan menu makanan pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya, rumah terbuka dan majlis-majlis tertentu. Terdapat pelbagai jenis nasi ayam yang popular antaranya nasi ayam hainan, nasi ayam berempah, nasi ayam kukus dan lain-lain. Untuk resepi nasi ayam ada pelbagai cara dan resepi yang diolah tersendiri dalam proses masakan. Hari ini, kami ingin kongsikan resepi nasi ayam kukus yang mudah dan pasti sedap. Kepada kaum ibu, yang ingin mengubah menu makan tegahari untuk keluarga, bolehlah mencuba resepi ini.

Tags: 

Resepi nasi ayam berempah sedap

Nasi ayam berempah yang sangat sedap

Salah satu masakan yang popular di Malaysia ialah nasi ayam berempah. Baunya yang harum pasti membuka selera seisi keluarga terutama anak-anak. Ia sesuai dijadikan hidangan makan tengahari atau makan malam. Ia juga sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos dan sup yang sedap. Disini kami kongsikan resepi nasi ayam berempah yang mudah dan cepat untuk anda mencuba di rumah.

Tags: 

Resepi nasi ayam sedap

Nasi ayam sedap.

Resepi nasi ayam sedap adalah rahsia hidangan keluarga saya. Oleh kerana saya tidak bercadang untuk membuka restoran nasi ayam, maka resepi ini saya kongsikan agar ia turut menjadi hidangan kegemaran keluarga anda. Apa yang akan anda belajar ialah cara-cara memasak nasi ayam, ayam goreng yang enak, sup dan juga kicap nasi ayam. Semuanya saya kongsikan dari penyediaan bahan-bahan, sukatan sehingga ke tips untuk menghasilkan nasi ayam yang sedap tanpa sembunyikan apa-apa. Jadi, ikut betul-betul langkah memasak yang disediakan. Ada pasti berjaya.

Tags: