Masakan Thai

Resepi ayam masak halia

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang cukup mudah untuk disediakan iaitu resepi ayam masak halia. Masakan yang ringkas, cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Seperti biasa, kalau ada resepi baru pasti saya kongsikan bersama dengan anda. Resepi ayam masak halia ini saya belajar dari seorang rakan. Mula-mula saya agak kurang mengemari masakan ini kerana ada halia. Tapi selepas saya mencubanya, resepi ini sangat sedap. Ia pasti tidak mengecewakan anda.