Masakan sambal

Resepi sotong masak sambal

Salah satu dari makanan laut yang menjadi kegemaran ramai ialah sotong. Ia boleh dimasak dengan pelbagai masakan. Mungkin ada yang suka kari sotong, sotong goreng tepung, sotong masak kicap dan banyak lagi. Hari ini, saya kongsikan resepi sotong masak sambal yang sangat sedap. Resepi ini juga boleh jadikan antara juadah untuk berbuka puasa anda sekeluarga nanti.

Resepi ringkas udang masak sambal

Resepi udang sambal yang ingin saya kongsikan kali ini tersangatlah ringkas dan cepat. Setiap resepi yang dikongsikan saya telah cubanya sendiri dan olah mengikut selera sendiri. Bagi anda yang baru belajar memasak, mulakan dengan resepi yang ringkas dahulu. Bagi mahir dan cekap untuk resepi yang mudah-mudah, baru cuba yang agak susah sikit.

Resepi ikan kerisi berlada

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi masakan tengahari yang sangat ringkas dan cepat iaitu resepi ikan kerisi berlada. Sebenarnya, ikan kerisi sangat sedap kalau digoreng atau dibakar lalu dimakan panas-panas. Isinya yang pejal membuatkan ikan ini sedap dimasak apa jua jenis masakan. Selain itu, resepi ikan kerisi berlada ini cukup ringkas penyediaannya. Tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak atau sukar didapati. Di masa ekonomi merrosot dan harga barang semuanya mahal, pemilihan makanan serta masakan perlu dititik-beratkan. Isteri harus bijak menguruskan belanja rumah.

Resepi sambal sotong dan rebung madu

Hari ini saya kongsikan resepi sambal sotong dan rebung madu. Resepi yang sangat ringkas, cepat dan sedap. Terdapat pelbagai resepi untuk masak sambal sotong. Jika suka rebung madu boleh digantikan dengan petai mengikut selera masing-masing. Resepi ini saya belajar dari ibu saya sendiri. Terdapat beberapa tips untuk memasak sambal sotong yang sangat sedap. Semuanya boleh anda dapati dalam artikel ini. Jadi mari kita lihat resepi masakan keluarga berasaskan sotong untuk hidangan tiga orang makan ini.

Resepi sambal tumis ikan bilis

Sambal tumis ikan bilis

Hari ini saya ingin kongsikan resepi sambal tumis ikan bilis. Resepi ini sesuai dihidangkan bersama nasi lemak. Resepi ini saya belajar dari bonda saya. Saya olah sendiri mengikut selera keluarga. Bgai mereka yang gemar makan kuih burger Malaysia, boleh gunakan resepi ini untuk buat intinya. Bau aroma tumisan sambal tumis ikan bilis buat saya tak sabar nak makan. Resepi ini agak pedas, boleh kurangkan cili jika anda tidak mengemari makanan pedas.

Resepi sambal nasi lemak mudah

Sambal nasi lemak mudah

Resepi sambal nasi lemak yang mudah untuk disediakan. Seperti biasa nasi lemak dimakan pada waktu pagi. Cara untuk masak nasi lemak pasti ramai yang sudah tahu. Ia adalah sajian makanan yang ringkas dan terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Kesedapan nasi lemak, bergantung pada kuah sambalnya. Dimasak dengan pelbagai jenis resepi dan cara yang tersendiri. Waktu masak lebih kurang setengah jam sahaja. Pasti ramai yang ingin tahu apa rahsia yang ada pada sambal nasi lemak saya. Ia antara resepi yang saya belajar dari ibu saya dan saya olah sedikit mengikut selera sendiri.

Resepi sambal sotong istimewa

Sambal sotong istimewa

Resepi sambal sotong istimewa dari bonda. Ini antara resepi yang pertama saya belajar memasak. Sudah adat kalau pertama kali masak, kurang sedap. Manusia, sentiasa kena terus belajar dan usaha. Gunakan sotong yang segar dan saiz yang sederhana. Sotong adalah makanan kegemaran keluarga saya. Dimasak dengan pelbagai jenis resepi seperti kari sotong, sotong goreng kunyit, sotong berlada dan lain-lain. Ia sesuai dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih. Bau aroma tumisan sambal pasti akan membuatkan anda tidak sabar untuk makan.

Pages