Masakan ayam

Resepi ayam goreng sedap

Ayam goreng

Kalau makan di kedai, antara lauk yang saya pilih ialah ayam goreng. Kadang-kadang rasa sedap, ada juga yang tak sedap. Walaupun kelihatan sama sahaja tetapi ayam goreng juga ada resepi yang tersendiri. Hari ini, saya akan kongsikan resepi ayam goreng sedap kegemaran saya dan keluarga. Kalau goreng ayam mesti kena banyak. Saya hanya pilih bahagian yang disukai sahaja. Bahagian paha dan kepak ayam. Apa rahsia ayam goreng sedap saya?

Resepi hati ayam masak kicap

Hati ayam masak kicap sedap

Hari ini saya masak makanan kegemaran ibu saya. Selalu masak yang simple saja, kebetulan hari ni, saya tak sibuk boleh masakkan apa yang ibu suka. Semalam saya pergi pasar, nampak hati ayam yang masih elok. Teringat yang ibu suka sangat kalau saya masak hati ayam masak kicap. Selain dari resepi hati ayam masak kicap, saya selalu masak dengan pelbagai resepi lain. Hati ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas dan dihidangkan bersama asam pedas. Untuk resepi asam pedas johor, saya kongsikan hari lain.

Resepi ayam panggang lazat

Ayam panggang lazat

Hari ini tekak rasa macam nak makan ayam panggang. Selalu tak sempat nak masak, kalau rasa nak makan beli je dekat kedai. Pertama kali, saya belajar masak ayam panggang lazat ni memang ternyata rasa yang sangat lazat, sedap dan pasti akan saya masak lagi di lain hari. Saya hanya masak menggunakan pemanggang ajaib yang saya baru beli. Lagi puas hati bila dimasak sendiri. Rasa rempah yang sebati dengan ayam sangat menyelerakan. Saya perapkan ayam semalam didalam peti ais. Rasanya lebih lazat. Anda jangan risau kerana resepi ayam panggang lazat ni sangat mudah dan cepat untuk disediakan.

Resepi masak sup ayam istimewa

Sup ayam istimewa

Kali ini saya ingin kongsikan resepi sup ayam istimewa yang paling mudah nak masak. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan masukkan semua bahan, dalam 10 minit siap untuk dihidangkan. Cepat dan sedap. Masakan yang paling ringkas. Saya selalu masak resepi sup ayam sedap dan istimewa ini kalau bahan dapur semua habis. Nak pergi pasar, rasa malas jadi masak menu yang senang saja. Janji sedap dan keluarga suka. Saya selalu masak menu ini untuk berbuka puasa, sahur dan sedap juga dimakan dengan roti bakar. Makan panas-panas. Kalau demam memang sup ayam istimewa ini yang akan dimasak.

Resepi ayam masak kicap madu

Ayam masak kicap madu

Untuk resepi kali ini, kami ingin kongsikan resepi ayam masak kicap madu yang sedap dan mudah untuk disediakan. Menu yang ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Sesuai dijadikan menu tengahari atau malam kepada anak-anak dan keluarga. Makanan yang sihat. Saya tidak masukkan gula dalam resepi ini. Rasa manis dari madu.

Pages