Ayam goreng

Resepi ayam goreng sedap

Ayam goreng

Kalau makan di kedai, antara lauk yang saya pilih ialah ayam goreng. Kadang-kadang rasa sedap, ada juga yang tak sedap. Walaupun kelihatan sama sahaja tetapi ayam goreng juga ada resepi yang tersendiri. Hari ini, saya akan kongsikan resepi ayam goreng sedap kegemaran saya dan keluarga. Kalau goreng ayam mesti kena banyak. Saya hanya pilih bahagian yang disukai sahaja. Bahagian paha dan kepak ayam. Apa rahsia ayam goreng sedap saya?

Resepi ayam goreng KFC

Ayam goreng KFC

Sebut sahaja ayam KFC pasti ramai yang mengemarinya tapi masih buntu untuk cari dimana resepi yang mudah dan cepat untuk buat ayam goreng KFC. Kali ini, kami kongsikan resepi kesukaan ramai rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Kepada ibu-ibu diluar sana, jangan risau resepi ayam goreng KFC ini sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kepada mereka yang ingin bertukar selera makan, boleh mencuba resepi ini. Ayam goreng KFC dimakan bersama kentang goreng dan coslow memang sangat sedap dan dimakan bersama keluarga pada hujung minggu.

Resepi ayam penyet sedap

Ayam penyet

Resepi ayam penyet ini berasal dari Indonesia. Pelbagai cara masakan untuk ayam penyet yang diubah sendiri mengikut citarasa masing-masing. Jika, anda ke Indonesia ayam penyet akan dihidangkan bersama dengan tempe goreng, sambal dan ulam-ulaman dan dimakan bersama nasi putih. Semua bahan yang digunakan dalam masakan mesti ditumbuk sehingga lumat. Kini, ayam penyet makin popular bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia juga makin mendapat perhatian. Hari ini, kami kongsikan resepi yang cukup mudah dan cepat untuk masak ayam penyet ini.

Resepi ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah

Ayam adalah salah satu lauk kegemaran orang Malaysia. Dimasak dengan pelbagai resepi untuk hidangan keluarga. Ayam goreng berempah adalah resepi yang sering dimasak dan sesuai dimakan bersama nasi kukus, nasi putih atau nasi lemak. Hidangan ini sesuai dijadikan menu makan tengahri atau malam. Sedap dimakan panas-panas, kerana rempah ratus yang masih rangup dan garing. Hari ini, saya ingin kongsi satu resepi mudah dan cepat untuk memasak ayam goreng berempah yang sedap dan pasti menaikkan aroma bau yang menyelerakan. Selamat mencuba.