Resepi Dessert

Resepi pencuci mulut istimewa.

Resepi puding trifle simple

Hari ini saya ingin kongsikan resepi puding trifle simple. Puding kalau makan sejuk-sejuk memang sangat menyelerakan. Saya selalu masak malam, simpan dalam peti sejuk esok tengahari dah boleh makan. Mula-mula nak belajar buat puding trifle ni, agak susah sebab banyak sangat langkah dia. Saya cuba google dan cari resepi yang paling simple dan mudah nak buat. Selain itu, puding trifle yang saya belajar dari internet ini sangatlah sedap dan yang pasti tidak ada bau hanyir telur.

Resepi puding roti istimewa

Puding roti istimewa yang sangat sedap

Kali ini saya ingin kongsikan resepi puding roti istimewa. Saya seorang yang gemar makan puding, tidak kisah apa jenis puding asalkan sedap. Memandangkan cuaca di Malaysia adalah panas, puding adalah resepi makanan kegemaran dan selalu dihidangkan pada waktu tengahari. Cuaca panas, kalau makan benda sejuk memang terbaik. Resepi puding istimewa kali ini saya belajar dari buku resepi. Seperti biasa, saya ni bukan jenis orang yang ikut 100% resepi, mesti nak olah ikut selera sendiri. Baru puas bila makan.

Resepi puding buah anggur

Puding buah anggur

Puding atau lebih dikenali dengan nama pencuci mulut sangat popular. Cara penyediaan yang mudah dan ringkas. Terdapat pelbagai resepi dan bahan yang digunakan untuk memasak puding. Kali ini kami ingin kongsikan satu resepi puding yang berasaskan buah-buahan iaitu resepi puding buah anggur. Anggur mengandungi khasiat yang banyak. Ia juga dapat membantu menurunkan proses berat badan seseorang. Antara lain ia kaya dengan serat, air dan nutrisi dan dapat mencegah kerosakan mata. Selain itu ia dapat membantu mencegah daripada penyakit kanser, strok dan jantung.

Resepi puding coklat marble

Puding coklat marble

Pasti ramai yang suka makan puding marble, tapi ramai juga yang kata agak sukar untuk membuatnya. Terdapat pelbagai resepi untuk membuatnya dan cara yang berbeza. Rasanya yang sedap dan dihasilkan bersama coklat pasti membuatkan ramai yang suka terutamanya kanak-kanak. Sedap dimakan ketika sejuk. Selain itu, puding coklat marble sering dihidangkan sebagai pencuci mulut pada majlis harijadi dan kenduri-kendara. Kali ini kami kongsikan cara mudah untuk menghasilkan puding roti coklat marble. Tidak memerlukan masa yang lama untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Resepi puding coklat sedap

Puding coklat

Resepi puding yang ingin dikongsi kali ini bertemakan coklat. Pasti ramai yang menggemari coklat. Puding coklat ini tidak mengunakan agar-agar atau jeli. Rasanya yang lembut dan manis sangat sedap bila dihidangkan diwaktu tengahari. Teksturnya seperti dadih dan rasa coklat yang banyak membuatkan setiap orang yang makan pasti ingin makan lagi. Oleh kerana ia menggunakan coklat sebagai bahan utama, sudah pasti ia menjadi menu pilihan pencuci mulut anak-anak dan keluarga. Bagi penggemar coklat apa tunggu lagi, mari kita sama-sama cuba resepi puding coklat yang mudah dan sedap ini.

Resepi puding trifle sedap

Puding trifle

Puding ialah antara dessert atau pemanis mulut yang sangat popular. Kali ini kami akan kongsikan satu resepi puding yang sedap iaitu puding trifle. Ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk dihasilkan. Puding ini juga sedap dimakan ketika sejuk. Ia boleh dijadikan sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai. Bahan-bahan untuk menghasilkan puding ini senang untuk dibeli dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Resepi puding sagu mata ikan

Puding

Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang sedap dimakan. Ada yang perlu dimasak dan ada yang boleh dicampur-gaul untuk dimakan begitu saja. Sesetengah pencuci mulut sangat sedap dihidangkan sejuk dan ada yang boleh dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Resepinya mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Pencuci mulut juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu bawa pulang. Selain itu, ramuan yang diperlukan sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.