Resepi ringkas udang masak sambal

Resepi udang sambal yang ingin saya kongsikan kali ini tersangatlah ringkas dan cepat. Setiap resepi yang dikongsikan saya telah cubanya sendiri dan olah mengikut selera sendiri. Bagi anda yang baru belajar memasak, mulakan dengan resepi yang ringkas dahulu. Bagi mahir dan cekap untuk resepi yang mudah-mudah, baru cuba yang agak susah sikit.

Kalau nak ikutkan terdapat pelbagai resepi udang masak sambal. Lain orang lain cara masakanya. Selain sambal udang jugak sedap jika dibuat gulai lemak, kari, udang goreng tepung dan sebagainya. Setiap orang ada selera masing-masing. Udang tidak perlu masak lama-lama supaya isi udang tidak keras bila makan. Udang lah yag paling cepat untuk dimasak. Mari saya tunjukkan antara bahan yang saya gunakan dalam resepi kali ini.

Bahan-bahan udang masak sambal.

Antara bahan yang digunakan dalam resepi udang masak sambal ialah:.

  1. Setengah kilo udang. Saya gunakan saiz udang yang sederhana. Boleh saja gunakan apa jenis udang yang kecik atau besar. Belah dibahgaian tengah badan udang untuk buang 'najis' udang.
  2. Cili kisar - Saya gunakan cabai kering, bawang merah besar sebijik dan 3 ulas bawang putih. Kisar sehingga halus.
  3. 2 sudu besar minyak masak.

Udang segar.

cara-cara untuk masak udang sambal .

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak udang sambal. Masak udang sambal lebih kurang 30 minit sahaja.

  • Langkah pertama, panaskan kuali bersama 2 sudu besar minyak masak. Untuk masak udang sambal, pastikan minyak betul-betul panas sebelum menumis supaya sambal cepat pecah minyak.
  • Langkah kedua, pastikan minyak betul-betul panas dan tuangkan cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan bwang putih.
  • Langkah ketiga, tumis sehingga sambal pecah minyak. Cara nak tahu samaada sambal dah pecah minyak atau belum, bila kuah sambal naik bih-buih kecil dan kuah mendidih serta warna sambal berubah warna menjadi merah pekat.
  • Langkah keempat, masukkan air sikit jika sambal terlalu kering. Sebelum masukkan udang, perasakan dahulu garam dan gula secukup rasa.
  • Langkah kelima, masukkan udang dan gaul sekali sekala. Tunggu lebih kurang 10 minit da kuah sambal mendidih, kemudian kecilkan api dan tutupkan api.
  • Langkah keenam, Tabur daun sup atau daun bawang sebagai hiasan sambal udang anda. Udang masak sambal siap untuk dihidangkan.

Masaklah dengan seikhlas hati anda, pasti setiap masakan anda akan menjadi sedap. Anda boleh olah sendiri resepi udang masak sambal ini mengikut selera keluarga anda. Resepi ini jugak sedap dimakan bersama dengan nasi lemak atau nasi minyak. Selamat mencuba.

Add new comment