Resepi sotong masak sambal

Salah satu dari makanan laut yang menjadi kegemaran ramai ialah sotong. Ia boleh dimasak dengan pelbagai masakan. Mungkin ada yang suka kari sotong, sotong goreng tepung, sotong masak kicap dan banyak lagi. Hari ini, saya kongsikan resepi sotong masak sambal yang sangat sedap. Resepi ini juga boleh jadikan antara juadah untuk berbuka puasa anda sekeluarga nanti.

Resepi sotong masak sambal ini mudah sahaja. Saya tidak menggunakan bahan yang banyak, hanya bahan yang sentiasa ada didapur saja bahan asas sahaja. Resepi yang cukup ringkas, tidak perlu lama untuk masak hanya 30 minit saja sotong masak sambal siap. Lagi sedap kalau disajikan bersama ikan goreng dan ulam-ulaman. Jom kita tengok antara bahan yang saya gunakan dalam resepi ini.

Bahan-bahan sotong masak sambal.

Berikut adalah antara bahan bahan yang diperlukan dalam resepi sotong masak sambal. Antaranya ialah:.

  1. Sotong - saya gunakan sotong besar. Boleh juga masak menggunakan sotong kecik. Sotong ni mesti buang kulitnya terlebih dahulu dan dibasuh bersih serta direndam dengan 1 sudu besar gula supaya hanyir sotong hilang.
  2. 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar - Kisar cili kering bersama 2 ulas bawang merah besar dan 3 ulas bawang putih.
  3. 2 sudu besar minyak masak.
  4. Sebijik bawang holland dipotong bulat.
  5. Halia besar ibu jari.

Cara untuk masak sotong sambal.

resepi sotong masak sambal antara resepi yang paling cepat dan mudah untuk masak. Berikut adalah langkah-langkah untuk masak sotong sambal.

  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Tunggu sehingga minyak betul-betul panas.
  • Kemudian, tumiskan halia dan bawang holland. Gunakan 1/2 bawang holland yang dihiris tadi. Selebihnya digunakan untuk hiasan. Tumis sehingga naik bau bawang dan halia.
  • Apabila, bawang dan halia agak kekunigan, masukkan 3 sudu besar cili kering yang dikisar. Kalau cili kering takda boleh gantikan cili boh yang ada dipasaran.
  • Tunggu sehingga cili pecah minyak, Kacau selalu supaya cili tidak mudah hangit dibahagian bawah.
  • Jangan gunakan api yang kuat semasa menumis supaya cili dapat masak dengan elok.
  • Seterusnya. apabila cili dah pecah minyak, masukkan sotong yang dipotong secara bulat kedalam sambal. kacau selalu supaya sotong masak dengan elok. Sotong tak perlu masa yang lama nak masak sebab kalau masak lama sotong akan jadi liat. Kacau selalu dan perasakan bersama garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api tunggu sehingga sotong masak lagi dan tutupkan api.
  • Untuk hiasan boleh taburkan lebih bawang holland tadi bersama daun sup atau daun bawang.
  • Resepi sotong masak sambal siap untuk juadah tengahari ini.

Resepi sotong masak sambal ni sedap juga dimakan bersama nasi lemak. Boleh jugak dimakan bersama roti. Semuanya terpulang pada selera masing-masing. Semoga dengan perkongsiaan ini dapat membantu anda menyediakan juadah masakan yang sedap dan ringkas buat keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Add new comment