Resepi sambal sotong dan rebung madu

Hari ini saya kongsikan resepi sambal sotong dan rebung madu. Resepi yang sangat ringkas, cepat dan sedap. Terdapat pelbagai resepi untuk masak sambal sotong. Jika suka rebung madu boleh digantikan dengan petai mengikut selera masing-masing. Resepi ini saya belajar dari ibu saya sendiri. Terdapat beberapa tips untuk memasak sambal sotong yang sangat sedap. Semuanya boleh anda dapati dalam artikel ini. Jadi mari kita lihat resepi masakan keluarga berasaskan sotong untuk hidangan tiga orang makan ini.

Resepi sambal sotong dan rebung madu ini sedap dimakan ketika masih panas-panas. Boleh juga dihidangkan untuk makan malam dan tengahari. Selain itu, resepi sambal sotong dan rebung madu juga boleh dimakan bersama nasi lemak. Saya menggunakan rebung madu yang masih segar. Kalau susah nak dapat rebung madu, boleh juga gunakan rebung yang dijual dipasar tani.

Jom ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan-bahan yang saya gunakan dalam masakan resepi sambal sotong dan rebung madu ini. Pastikan anda mencubanya dirumah. Selamat Berjaya!

Bahan-bahan masakan untuk resepi sambal sotong dan rebung madu

Antara bahan-bahan yang saya gunakan dalam resepi sambal sotong dan rebung madu ialah bahan-bahan yang mudah didapati dikedai sahaja.

  • 500g sotong segar – dibasuh bersih dan direndam bersama dengan satu sudu teh gula pasir untuk hilangkan hanyir sotong. Kemudian toskan airnya sehingga kering.
  • gambar sotong segar

  • 4 kerat rebung madu – dipotong bulat atau dihiris panjang. Mengikut selera sendiri.
  • Gambar rebung yang dipotong bulat

  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 15 tangkai cili kering – direbus dahulu dan buang bijinya kemudian baru dikisar bersama bawang merah dan bawang putih.
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam secukup rasa
  • sedikit gula pasir
  • sedikit belacan – jika suka
  • Minyak masak secukupnya
  • Cara-cara untuk memasak resepi sambal sotong dan rebung madu

    Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak resepi sambal sotong dan rebung madu. Resepi yang cukup ringkas dan mudah untuk disediakan.

    • Kisarkan cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
    • Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan kisar dan belacan jika suka sehingga naik bau dengan api yang sederhana. Tunggu sehinga minyak betul-betul panas.
    • Masak sambal tumis tadi sehingga pecah minyak dan naik bau.
    • Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masukkan air asam jawa.
    • Seterusnya masukkan sotong dan gaul sehingga satong sebati dengan sambal. Tunggu sekejap sehingga air sotong kering.
    • Masukkan rebung yang telah direbus tadi dan kacau sebati.
    • Tutupkan api dan sambal sotong dan rebung madu siap untuk dihidangkan.

Add new comment