Resepi masak lemak ketam yang sangat mudah

Ketam adalah makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Tidak kira dewasa mahu pun kanak-kanak. Isinya yang manis dan sedap membuatkan setiap orang teruja bila nak makan. Ketam boleh dimasak dengan pelbagai masakan. Resepi masak lemak ketam adalah salah satu resepi dalam masakan ketam. Selain itu, ketam jugak sedap dimasak sambal, ketam goreng telur asin dan sebagainya. Selera masakan bergantung kepada individu.

Hari ini saya kongsikan kepada anda resepi masak lemak ketam yang cukup mudah, ringkas tapi sedap. Masakan ini sesuai dijadikan menu hidangan tengahari atau pun malam. Sedap dimakan bersama ikan masin, ulam dan sambal belacan. Bagi pengemar masakan kampung, hidangan begini pasti akan membuka selera anda. Pastikan anda mencuba resepi masak lemak ketam yang cukup mudah ini dirumah.

Bahan-bahan masak lemak ketam.

Berikut adalah antara bahan yang saya gunakan dalam resepi masak lemak ketam. Seperti biasa, resepi saya pasti hanya menggunakan bahan yang mudah sahaja.

  1. 4 ekor ketam betina - Ketam betina lebih sedap dari ketam jantan kerana isinya yang manis dan banyak berbanding dengan ketam jantan. Bersihkan ketam dan rendam bersama air putih lebih kurang 10 minit seblum masak.
  2. Kunyit hidup - anggarn saiz lebih kurang besar ibu jari. Masak lemak lebih sedap kalau gunakan kunyit hidup. Kalau takdak boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
  3. 20 tangkai cili padi - Tahap kepedasan boleh ubah ikut selera masing-masing.
  4. 3 batang serai.
  5. 2 ulas bawang merah kecik.
  6. 2 keping asam keping - rendam didalam air kosong.
  7. Sebijik kelapa parut atau sekotak santan segar.

Kaedah penyediaan masak lemak ketam.

Dibawah adalah cara-cara masak lemak ketam yang sangat mudah. Antarnya ialah:

  • Langkah pertama - Kisarkan bahan tumisan dahulu seperti kunyit hidup, 2 ulas bawang merah kecik, 3 batang serai dan cili padi. Kisar sehingga halus.
  • Langkah kedua - Seterusnya masukkan semua bahan kisar tadi kedalam periuk dan renihkan sehingga bahan kisar tadi masak. Masukkan sedikit air jika bahan kisar kering.
  • Langkah ketiga - Masukkan pati santan. Kacau selalu supaya santan tidak bergetul-getul dan pecah minyak. Untuk resepi masak lemak ketam ini anda kena kerap kacau kuahnya. Masukan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  • Langkah keempat - Kacau kuah selama lebih kurang 10-15 minit kemudian terus masukkan ketam yang dibasuh tadi. Kacau sebentar kemudian tutupkan api.
  • Masak lemak ketam siap untuk dihidangkan.

Masakan yang simple tapi sedap. Pastikan bahan masakan anda lengkap semasa memasak. Resepi ini jugak boleh digunakan untuk masak ayam atau daging. Masak lemak ketam sedap jugak jika dimasak bersama nenas. Selamat mencuba!

Add new comment