Resepi masak asam pedas yang sangat mudah

Asam pedas ikan jenahak. Sebut saja asam pedas, pasti mula terbayang asam pedas johor atau melaka. Kuahnya yang pekat ada rasa masam dan manis yang boleh membuatkan kita tambah kalau makan nasi. Mungkin anda salah seorang pengemar asam pedas, tapi nak masak agak payah dan lambat, jalan singkat lebih baik makan dikedai. Jangan risau, hari ini saya akan kongsikan resepi masak asam pedas yang sangat mudah semudah ABC, hanya menggunakan bahan yang ada didapur saja.

Lebih elok jika asam pedas ini anda yang masak, kerana dapat mengawal penggunaan bahan yang paling penting bersih dan selamat. Selain itu, kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak pun boleh saja. Nanti saya akan ajar satu persatu cresepi masak asam pedas yang sangat mudah ini. Kali ini, saya masak asam pedas ikan jenahak. Boleh jugak gunakan ikan tenggiri atau kembung. Bergantung pada selera masing-masing.

Bahan-bahan masak asam pedas ikan jenahak.

Ok, lain orang lain cara masaknya. Resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang nak cepat dan baru mula belajar masak asam pedas. Saya ringkaskan resepinya. Antara bahan yang digunakan ialah:

  1. 2 ketul isi ikan jenahak - isi ikan ini saya basuh bersama asam limau untuk buang hanyir ikan. Rendam bersama garam kasar selama 10 minit.
  2. 10 tangkai cili kering - saya hanya rendam saja bersama dengan air panas selama 10 minit sehingga kembang.
  3. 3 ulas bawang merah kecik.
  4. Kunyit hidup. Kalau kunyit hidup takdak didapur anda, gantikan dengan satu sudu teh serbuk kunyit.
  5. Belacan lebih kurang besar ibu jari.
  6. 3 tangkai daun kesum.
  7. 3 keping asam keping.
  8. 3 batang serai.
  9. 3 bijik buah tomato atau bendi

Senarai bahan untuk dikisar.

Kalau ikut resepi turun temurun, bahan asam pedas lebih sedap kalau ditumbuk atau digiling. Tapi memandangkan semua nak cepat kita guna pengisar saja. Boleh kisar secara halus atau kasar, ikut selera masing-masing.

  • Cili kering yang telah direndam bersama air panas. Toskan airnya sehingga kering.
  • 3 bijik bawang merah kecik dipotong bulat, supaya mudah untuk dikisar.
  • 3 batang serai dipotong halus
  • Kunyit hidup.
  • Daun kesum. Ambik dalam 7 helai daun sahaja.
  • Belacan
  • Sekeping asam keping.

Cara masak asam pedas ikan jenahak.

Pastikan semua bahan yang nak masak lengkap baru la sedap. Masak Seperti yang sedia maklum, masak asam pedas ni taklah susah sangat. Hanya ikut saja langkah yang diberikan. Jom mulakan masak.

  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Gunakan api sederhana. Tunggu sehingga minyak betul-betul panas. Cara nak tahu minyak dah panas atau belum. Renjiskan sedikit air kedalam kuali atau masukan beberapa hirisan bawang.
  • Masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata dan tunggu sehingga bahan kisar tadi pecah minyak.
  • Boleh tambahkan satu atau dua gelas air kalau kuah agak pekat atau kering. Terpulang pada selera masing-masing nak kuah yang pekat atau tidak.
  • Bila kuah dah mula mendidih, masukan 2 sudu teh garam halus dan 2 sudu teh gula.
  • Kemudian baru masukan isi ikan jenahak bersama tomato.
  • Tunggu lebih kurang dalam 10 minit, kecilkan api kacau rata dan boleh tutupkan api.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum dan bunga kantan untuk naikan aroma bau asam pedas ikan janahak.

Kalau nak elak dari isi ikan mudah hancur, jangan terlalu kerap kacau kuah. Biarkan kuah merenih dan kacau sekali atau dua sahaja. Ikan tidak memerlukan masa yang lama nak masak. Semoga resepi asam pedas ikan jenahak ini memberikan anda idea menu tengahri anda. Selamat mencuba.

Tags: 

Add new comment