Resepi kari ikan nyok-nyok

Resepi kari ikan nyok-nyok. Ada 2 jenis kategori ikan nyok-nyok ni, nyok-nyok putih dan hitam, tapi nyok-nyok putih lagi sedap kalau masak kari. Terpulang selera masing-masing. Semalam sempat pergi pasar tani, tekak ni, teringin pula nak makan kari ikan nyok-nyok, Alhamdulillah ada rezeki aku dan keluarga makan kari ikan untuk hidangan menu tengahari.

Resepi kari ikan nyok-nyok ni saya belajar sendiri je. Cuba buat resepi sendiri. Kadang-kadang masak ni, perlukan kreativiti, so kita harus mencuba. Jangan risau resepi ni, cukup ringkas dan senang untuk dimasak, sesuai untuk mereka yang baru-baru nak belajar masak, macam aku. Janji sedap. Ok jom ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan yang saya gunakan dalam masakan.

Resepi ini sesuai hidangan untuk 3 atau 4 orang makan. Anda boleh olah sendiri resepi kari ikan nyok-nyok mengikut selera keluarga sendiri. Selamat mencuba!

Bahan-bahan kari ikan nyok-nyok

Berikut adalah antara bahan yang saya gunakan dalam masakan kari ikan nyok-nyok:

  • 3 ketul isi ikan nyok-nyok
  • 3 ulas bawang putih – dihiris kasar.
  • 3 ulas bawang merah kecik.
  • 1 paket serbuk kari ikan – saya gunakan serbuk kari ikan Faizah.
  • 4 tangkai daun kari.
  • 3 cawan santan pekat.
  • 3 biji tomato.
  • 5 batang bendi
  • Satu sudu the gula dan garam – bergantung pada kuantiti masakan.

Cara-cara untuk masak kari ikan nyok-nyok.

Kali ini, saya kongsikan cara masakan kari ikan nyok-nyok yang cukup mudah untuk anda mencubanya dirumah.

  • Basuh dan rendam isi ikan nyok-nyok bersama garam dan 3 keping asam keeping untuk hilangkan hanyir ikan. Rendam lebih kurang 5 minit dan sejat kan isi ikan nyok-nyok sehingga airnya kering.
  • Kemudian panaskan 2 sudu besar minyak masak dan masukkan daun kari terlebih dahulu sebelum bahan hirisan. Cara ini akan membuatkan kari ikan anda rasa lebih terangkat dan sedap
  • Tumis daun kari sehingga kekunigan dan masukan bawang putih dan bawang putih yang dihiris secara halus. Gunakan api yang sederhana perlahan. Tumis sehingga naik bau.
  • Seterusnya, masukkan rempah kari ikan Faizah yang dibancuh bersama 1 cawan air putih dan tumis sehingga rempah pecah minyak.
  • Masukkan 1 cawan santan cair dan kacau sekata. Boleh masukkan bendi terlebih dahulu kerana bendi mengambil masa yang agak lama untuk masak.
  • Perlahankan api, tunggu sehingga kuah kari mendididih dan masukkan isi ikan nyok-nyok bersama garam dan gula secukup rasa.
  • Seterusnya, masukkan santan 2 cawan santan pekat dan kacau lagi supaya bahagian bawah tidak hangit.
  • Apabila kuah mendidih, masukkan tomato yang dihiris 2 atau 4.
  • Masak sehingga mendidih dan tutupkan api.
  • Kari ikan nyok-nyok sedia untuk dihidangkan.

Tips

Untuk resepi kari ikan nyok-nyok, gunakan ikan yang segar supaya masakan kita lebih sedap. Sedikit tips untuk dikongsi, boleh tengok insang dan mata ikan sebelum anda beli, kalau insang masih merah dan mata jernih, bermakna ikan masih segar. Masak kari ikan ni, jangan kedekut santan dan rempah, kalau tak cukup lemak dan rempah pun tak sedap jugak. Pastikan rempah yang dimasak tadi masak dengan betul dan tunggu sehingga rempah betul-betul pecah minyak dan warna berubah sedikit. Insyallah kari ikan anda pasti sedap!

Semoga dengan perkongsian resepi kari ikan nyok-nyok ini, anda lebih bersemangat untuk masak dan jadikan menu ini hidangan hujung minggu anda. Selamat menjamu selera.

Add new comment