Resepi ikan kerisi berlada

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi masakan tengahari yang sangat ringkas dan cepat iaitu resepi ikan kerisi berlada. Sebenarnya, ikan kerisi sangat sedap kalau digoreng atau dibakar lalu dimakan panas-panas. Isinya yang pejal membuatkan ikan ini sedap dimasak apa jua jenis masakan. Selain itu, resepi ikan kerisi berlada ini cukup ringkas penyediaannya. Tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak atau sukar didapati. Di masa ekonomi merrosot dan harga barang semuanya mahal, pemilihan makanan serta masakan perlu dititik-beratkan. Isteri harus bijak menguruskan belanja rumah.

Mungkin ramai yang gemar ikan kerisi di goreng saja, namun sekali-sekala apa kata, kita tukar menu masakan supaya boleh menambah selera makan keluarga anda. Resepi ikan kerisi berlada sesuai untuk mereka yang selalu nak cepat bila masak. Menu yang ringkas tapi sedap. Haruman masakan ini juga pasti membuatkan anda sekeluarga tidak sabar-sabar untuk menjamahnya. Jadi tanpa membuang masa, masri kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan untuk masak ikan kerisi berlada.

Seperti ang saya katakan tadi, cara masak yang mudah dan bahan yang mudah didapati, bahan yang sentiasa ada di dapur kita. Jom kita tengok antara bahan yang akan digunakan ialah.

  1. 2 ekor ikan kerisi - Saya basuh ikan kerisi bersama dengan asam limau dan garam kasar. Ikan kerisi ada 2 jenis ikan kerisi besar dan kecil. Yang kecik lebih sesuai digoreng saja manakala yang besar lebih sedap kalau dimasak berlada. Bergantung pada selera keluarga kita.
  2. 3 batang cabai besar - dibuang bijinya.
  3. 5 tangkai cili padi - Kalau suka pedas boleh tambah, tahap kepedasan bergantung pada individu.
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 3 ulas bawang merah kecik
  6. Halia besar ibu jari
  7. Sebatang serai untuk dititik.

Ikan kerisi untuk digoreng.
Keterangan gambar: Ikan kerisi untuk digoreng.

Bahan-bahan untuk sambal berlada.
Keterangan gambar: Bahan-bahan untuk sambal berlada.

Cara-cara untuk masak ikan kerisi berlada.

Cara masakan boleh ubah mengikut citarasa anda sendiri. Kisar semua bahan diatas secara kasar kecuali ikan dan serai saja tidak perlu dikisar. Jom saya ajar cara masakan ini.

  • Langkah pertama, panaskan minyak lebih kurang 3 sudu besar untuk menumis sambal berlada dulu.
  • Kisar kan cabai besar, cili padi, bawang merah kecik, bawang putih dan halia secara kasar. Kalau anda nak lebih halus boleh jugak dikisar sehingga halus.
  • Seterusnya, tumis bahan kisar tadi sehingga kering dan bertukar warna menjadi hitam sedikit. Pastikan anda menggunakan api sederhana perlahan untuk mengelakkan dari sambal hangit.
  • Perasakan bersama 2 sudu teh garam dan gula. Kacau rata.
  • Kemudian titikkan serai dan masukkan kedalam sambal berlada. Masak seketika lebih kurang 7 minit supaya bau serai meresap kedalam sambal anda. Boleh tutupkan api.
  • Langkah terakhir, goreng ikan kerisi sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit, pastikan api yang digunakan tidak terlalu garang.
  • Angkat dan toskan minyak ikan tadi sehingga kering. Seterusnya siramkan sambal berlada tadi diatas ikan kerisi yang digoreng panas-panas.
  • Ikan kerisi berlada siap untuk dimakan bersama nasi putih dan sup sayur. Selamat menjamu selera.

Untuk resepi ikan kerisi berlada ini, anda kena kerap kacau sambal semasa proses menumis supaya sambal tidk mudah hangit. Pastikan juga garam dan gula secukup rasa. Tambahkan air jika sambal terlalu kering. Diharap dengan perkongsiaan resepi ini memberikan anda inspirasi untuk masak buat keluarga tersayang. Selamat mencuba.

Add new comment