Resepi puding trifle simple

Hari ini saya ingin kongsikan resepi puding trifle simple. Puding kalau makan sejuk-sejuk memang sangat menyelerakan. Saya selalu masak malam, simpan dalam peti sejuk esok tengahari dah boleh makan. Mula-mula nak belajar buat puding trifle ni, agak susah sebab banyak sangat langkah dia. Saya cuba google dan cari resepi yang paling simple dan mudah nak buat. Selain itu, puding trifle yang saya belajar dari internet ini sangatlah sedap dan yang pasti tidak ada bau hanyir telur.

Pencuci mulut akan dihidangkan selepas tetamu menjamu selera. Pelbagai resepi puding yang ada pada masa kini. Ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk hasilkan. Sedap dimakan ketika sejuk. Pemanis mulut ini juga, boleh dijadikan sebagai buah tangan ketika melawat tetamu. Bahan-bahan untuk hasilkan puding ini senang untuk dibeli dan tidak megeluarkan kos yang tinggi.

Jom ikut saya kedapur untuk lihat antara bahan-bahan yang saya gunakan dalam resepi puding trifle simple ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk masak resepi puding trifle

Semua bahan-bahan yang saya gunakan dalam resepi puding trifle simple ini sangat mudah untuk didapati di kedai-kedai runcit biasa dan tidak menggunakan kos yang tinggi. Sesuai dengan ekonomi sekarang.

  • 1 bungkus kek gulung mengikut perisa yang disukai – saya gunakan perisa pandan. Sangat sedap. Boleh juga guna perisa strawberry atau lain-lain.
  • 1 cawan air – kurang atau tambah mengikut sukatan sendiri.
  • 1 tin buah-buahan koktel – boleh juga digantikan dengan nata D’coco jika suka.
  • 1 kotak agar-agar segera perisa pandan.
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 3 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula – mengikut selera sendiri.

Cara memasak puding trifle simple

Proses memasak resepi puding trifle simple ini sangat mudah. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang telah disusun dibawah ini.

  • Campurkan tepung kastard, gula dan susu segar didalam satu bekas.
  • Kemudian masak sehingga mendidih dengan menggunakan api yang perlahan. Tutupkan api dan ketepikan dulu.
  • Seterusnya, Potong kek gulung dan susun didalam acuan yang disediakan sehingga penuh.
  • Kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuang ke atas kek tadi. Tuang sedikit demi sedikit.
  • Tuangkan tepung kastard, gula dan susu segar yang dimasak tadi diatas permukaan kek sama rata
  • Hiaskan dan tabur kan buah-buahan koktel di atas kek tadi
  • Masakkan agar-agar segera bersama secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi
  • Masukkan kedalam peti sejuk sebelum dimakan
  • Puding trifle siap untuk dihidangkan

Tips

Kacau rata semasa proses memasak tepung kastrad, gula dan susu cair untuk megelakkan bahan berketul. Gunakan api yang sederhana kuat.

Puding trifle sesuai dihidangkan pada minum petang atau selepas makan tengahari. Mengambil masa 10 minit sahaja untuk disediakan. Sediakan dengan ikhlas, pasti keluarga anda akan menikmati semasa makan. Anda boleh kurangkan sukatan gula jika tidak mahu puding ini terlalu manis. Selamat menjamu selera.

Add new comment