Resepi daging masak merah ala Thai

Hari ini, saya ingin kongsikan bersama dengan anda satu resepi Thai yang menjadi kegemaran ramai. Kalau makan dekat restorant Thai, selain dari tomyam menu daging masak merah pasti menjadi pilihan kita. Ramai yang gemarkanya tapi, tak pandai nak masak sendiri. Selalu bayangkan resepi daging merah ala Thai ni susah. Jangan risau, harini saya kongsikan resepi untuk masak daging merah ala Thai yang cukup mudah dan pastinya sangat sedap.

Resepi ini saya baru belajar, mungkin ada kekuranganya, tapi saya dah cuba sendiri rasanya sedap dan menepati selera kami sekeluarga. Lain orang lain resepinya. Daging masak merah ala Thai lagi sedap dimakan ketika masih panas-panas, dihidangkan pula bersama tomyam putih dan ulam-ulaman pasti memebangkitkan selera anda. Nanti saya akan kongsikan resepi tomyam Thai dilain hari. Tanpa buang masa mari kita tengok antara bahan yang digunakan untuk resepi yang cukup mudah ini.

Bahan-bahan resepi daging masak merah ala Thai

Semasa proses merebus daging, mungkin masanya agak lama untuk daging import berbanding dengan daging batang pinang sekejap saja. Anda boleh juga campurkan dengan bahagian lemak daging, rasanya lagi sedap. Boleh jugak direbus bersama sos cili bergantung pada selera masing-masing. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam resepi daging masak merah ala Thai ialah.

  1. 400 gram daging yang dah siap rebus - Rebus daging bersama sos tomato. Pastikan anda rebus daging sehingga lembut. Boleh direbus seketul daging atau hiris secara nipis-nipis. Terpulang pada keselesaan anda.
  2. 3 ulas bawang putih - dihiris nipis untuk ditumis.
  3. 2 sudu besar cili kisar - boleh kurang pedas kalau tak suka pedas.
  4. 1 sudu besar sos tomato dan sos cili.
  5. 1 sudu besar sos tiram.
  6. 1 sudu teh sos ikan - JIka suka.
  7. Sebijik bawang holland, sebatang cabai besar, sebatang serai dititik dan daun limau purut untuk hiasan.

Cara-cara untuk masak resepi daging masak merah ala Thai

Berikut adalah cara-cara untuk masak daging merah ala Thai. Sangat mudah dan ringkas. Pastikan sebelum masak rebus daging terlebih dahulu sehingga lembut.

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau wangi. Jangan sampai bawang putih tadi hangit nanti takut rasa pahit.
  • Kemudian masukkan daging yang telah direbus bersama sos tomato tadi. Kacau rata selama lebih kurang 5 minit.
  • Seterusnya, masukkan 2 sudu besar cili kisar dan gaul sebati. Masak sehingga cili pecah minyak. Boleh masukkan air rebusan daging kalau anda suka kuah.
  • Apabila cili dah pecah minyak, boleh masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram sekali. gaul sebati dan biarkan seketika.
  • Perasakan bersama garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali taburkan bahan hiasan seperti bawang merah, cabai merah, cili padi, serai dan daun limau purut kedlam daging masak merah tadi. Gaul sekata dan tutupkan api.
  • Daging masak merah ala Thai siap untuk dihidangkan.

Walaupun resepi yang cukup mudah tapi kalau anda mencuba dan olah mengikut citarasa sendiri pasti rasanya lebh sedap. Pastikan juga anda hiris daging secara nipis, baru la sedap dan kurang sikit rasa liat tu. Untuk resepi daging masah merah ala Thai ini juga boleh dicampur dengan bunga kobis serta lobak merah. Pelbagai rasa lagi sedap. Selamat mencuba!

Add new comment