Resepi makanan bayi umur 6-9 bulan

Bila anak dah mula masuk 6 bulan, pasti semua ibu-ibu akan ada perasaan teruja. Bayi anda boleh mula diperkenalkan dengan makanan pejal seawaal umur 6 bulan. Bila ada anak kecil, semua makanan mereka mestilah bersih dan bebas dari bahan perasa atau pengawet. Tak susah untuk menyediakan menu sikecil ini, ibu-ibu hanya memerlukan masa lebih kurang setengah jam saja untuk menyediakan makanan mereka. Orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih! Hari ini, sekali lagi saya akan kongsikan resepi makanan bayi umur 6-9 bulan.

Kalau nak beli makanan bayi yang sudah ada dipasaran harganya mahal. Belum tentu lagi bahan-bahan yang digunakan samaada sesuai atau tidak untuk anak kita. Hanya 30 minit, anda boleh menyediakan makanan bayi 6-9 bulan dirumah dengan mudah dan selamat.

Bahan-bahan bubur nasi ayam

Antara bahan yang digunakan untuk masak bubur nasi ayam ialah.

  • 3 gengam beras – dibasuh bersih dan toskan sehingga air beras kering.
  • 3 gelas air kosong untuk masak bubur (sukatan air bergantung pada sukatan beras).
  • 200gram dada ayam – dipotong kecil dan bersihkan bersama dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir ayam. Kemudian toskan sehingga air ayam betul-betul kering supaya bubur nasi ayam tidak mudah basi.
  • 200 gram lobak merah – dipotong secara bulat atau nipis supaya mudah empuk.
  • 100 gram bayam – Ambil daun sahaja,direndam dengan secubit garam halus untuk buang racun dan serangga yang ada pada sayur.
  • 1 sudu kecil olive oil.

Cara masak bubur nasi ayam

Semudah ABC sahaja untuk penyediaan makanan bayi. Seperti yang dikatakan diatas tadi, hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk resepi makanan bayi 6-9 bulan.

  1. Langkah pertama, Panaskan olive oil didalam kuali dan goreng isi ayam yang telah dibuang kulit dan lemak tadi. Goreng dengan menggunakan api yang sangat perlahan. Goreng isi ayam sehingga masak dan kekuningan.
  2. Kemudian, angkat isi ayam yang digoreng tadi dan ketepikan.t
  3. Seterusnya, anda boleh terus masak bubur. Masukkan 3 gelas air bersama 3 genggam beras yang telah dibasuh.
  4. Masak dengan api yang sangat perlahan. Kemudian terus masukkan karot dan sayur bayam didalam bubur tadi. Tutup periuk supaya karot dan bayam masak dengan cepat serta karot cepat empuk. Kacau sekali sekala supaya bubur tidak hangit dibahagian bawah.
  5. Akhir sekali, tutupkan api tunggu 5 minit supaya bubur tadi suam sebelum dikisar bersama isi ayam.
  6. Kisar bersama isi ayam dan bubur sehingga halus.
  7. Bubur nasi ayam siap untuk sikecil.

Tips:

Masak bubur nasi sangat lah mudah, tetapi anda harus ingat makanan bayi tidak sama dengan orang dewasa. Walaubagaimanpun anda dinasihatkan supaya tidak terlalu memaksa si kecil untuk makan setiap makanan yang ibu masak. Mungkin sikecil tidak akan mudah untuk mengemari setiap resepi yang anda masak. Sabar dalam melayani karenah anak dengan tenang.

Bagi ibu yang pertama kali menjadi ibu, perasaan cemas mungkin ada setiap kali sikecil menolak makanan yang dimasak oleh anda. Jangan risau! mungkin anak anda sedang belajar mengenai makanan. Mungkin kaeadah menonton televisyen ketika menyuap makanan kepada sikecil boelh dipraktikan. Setiap ibu haruslah mencuba pelbagai resepi makanan bayi 6-9 bulan supaya bayi anda tidak jemu untuk makan. Selamat mencuba!

Add new comment