Resepi makanan bayi 6 bulan

Bila bayi dah masuk 6 bulan, maka ibu-ibu dah boleh mulakan bayi anda dengan makanan pejal selain dari susu ibu atau susu formula. Mungkin mudah bagi untuk ibu yang tidak berkerja bagi menyediakan resepi makanan bayi 6 bulan ini, tapi akan ada sedikit perasaan remeh bagi kaum ibu yang berkerjaya. Bubur nasi adalah menu utama untuk simanja anda. Ada jugak ibu-ibu yang mula perkenalkan anda anda dengan puree buah. Resepi yang ingin saya kongsikan ini sangat cepat dan mudah, hanya 20 minit sahaja bubur nasi untuk bayi anda siap.

Ibu yang bijak, ibu yang pandai menyusun waktunya dengan tepat. Selain, itu ibu yang pandai merancang setiap pemakanan anak dengan baik. Kalu nak ikut sibuk, suri rumah lagi sibuk dari ibu yang berkerja, namun itu bukan alasan untuk kita melepaskan tanggungjawab dengan mudah. Jangan ambik mudah, dalam bab pemakanan anak, tambah-tambah untuk bayi 6 bulan yang baru nak mula makan. Susun waktu anda dengan bijak. Hari ini saya kongsikan resepi yang cukup ringkas, sesuai untuk ibu yang sentiasa sibuk. Semoga ia membantu.

Bahan-bahan untuk masak bubur nasi bayi 6 bulan.

Antara bahan-bahan untuk masak bubur nasi bayi 6 bulan ini aialah:

  1. 2 gengam beras - Basuh beras sehingga bersih dan toskan airnya sehingga kering.
  2. 2 gelas air untuk masak bubur nasi. Pastikan anda menggunakan air cukup supaya nasi akan mengembang supaya bayi anda tidak mudah kembung perut.
  3. 100 gram ikan bilis - Kalau untuk ibu yang berkerja, anda boleh kisar ikan bilis dahulu dan simpan didalam bekas kedap udara. Langkah ini akan membantu anda memeprcepatkan proses memasak bubur nasi.
  4. 200 gram lobak merah - untuk ibu-ibu yang sentiasa nak cepat, anda boleh potong sayur mengikut citarasa nada dan simpan didalam bekas kedap udara, Simpan didalam peti sejuk.
  5. 200 gram brokoli - Rendam bersama garam halus untuk buang semua serangga yang ada didalam sayur.
  6. 1 sudu teh minyak zaitun.

Cara-cara penyediaan bubur nasi bayi 6 bulan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak bubur nasi bayi 6 bulan. Langkah yang sangat mudah dan cepat.

  • Langkah pertama masukkan beras dan 2 gelas air didalam periuk. Buka api yang paling perlahan.
  • Langkah kedua masukkan lobak merah, ikan bilis dan brokoli bersama dengan beras tadi. Tutup tudung periuk supaya beras dan sayur cepat masak.
  • Langkah ketiga tunggu sehingga bbur nasi tadi mendidih. Kacau sekali sekala supaya bubur tidak mudah hangit dibahgian bawah.
  • Langkah keempat, Jika air bubur nasi dah mula kering, renjiskan minyak zaitun kedalam bubur nasi tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Langkah terakhir, tutupkan api dan tunggu lebih kurang 5 minit sebelum bubur nasi dikisar. Pastikan sebelum api tutup, nasi dan sayur sudah masak degan sekata.
  • Bubur nasi bayi 6 bulan siap untuk dihidangkan. Sangat mudah dan cepat.

Pastikan setiap hidangan yang anda masak untuk sikecil anda penuh dengan khasiat. Jika ikan bilis sudah habis dirumah, gantikan dengan ayam atau stok ayam. Pelbagaikan resepi makanan bayi anda supaya mereka tidak mudah jemu. So, tiada lagi alasan untuk bagi anak makan makanan bijirin yang ada dipasaran. Lebih afdal ibu masak dirumah. Semoga resepi bayi 6 bulan ini memebnatu anda dalam penyediaan makanan untuk bayi anda. Selamat mencuba!

Comments

terima kasih kongsikan ilmu yang manfaat. makanan yg dibuat sendiri lebih terjamin kebersihan dan tiada bahan2 penambah perisa yangt idak sepatutnya..insyaAllah air tangan ibu lebih berkat...jemput singgah blog saya juga ..terima kasihhttp://www.surijunior.com/

Add new comment