Resepi bubur nasi cheese untuk bayi

Bubur cheese sebelum blend.

Rasa seronok bila tengok anak berselera makan. Tambahan pula, makanan itu disediakan oleh ibu sendiri. Lagi seronok bila tengok keletah sikecil bila setiap kali nampak makanan dia. Bila anak dah mula mencecah 9 bulan ke atas, menu makanan untuk mereka pun mesti lah berubah. Si ibu, haruslah bijak untuk menyediakan makanan yang terbaik buat sicomel anda. jangan risau, hari ini saya akan kongsikan satu resepi yang mudah tapi pasti sedap. Resepi bubur nasi cheese bersama ayam. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan.

Jika nak badan anak sentiasa sihat, pastikan jaga pemakanan anak anda. Sediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. Rasa sedih bila tengok anak tak sihat. Bila anak tak sihat, pasti ibu-ibu yang tidak senang. Jadi ibu-ibu semua harus pastikan didalam makanan anak anda lengkap dengan protein dan bijirin yang betul. Semoga si comel anda membesar dengan jayanya. Tanpa buang masa saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan bubur nasi cheese untuk sicomel.

Bahan-bahan bubur nasi cheese.

Bagi resepi bubur nasi cheese ini, saya gunakan cheesedale. Anda boleh saja gantikan dengan cheese yang digemari. Sukatan untuk masak boleh diubah oleh ibu-ibu semua. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  1. 3 genggam beras - Basuh bersih disertakan 'selawat' dan toskan airnya sehingga kering.
  2. 3 gelas air kosong untuk masak nasi.
  3. 200 gram labu - Potong secara nipis
  4. 150 gram sayur sawi
  5. 250 gram isi ayam - saya gunakan bahagian dada ayam. Pastikan ayam dibasuh bersih dan dibuang semua kulit serta lemak.
  6. Seulas bawang putih.
  7. Sebijik bawang merah kecik.
  8. 1/2 keping cheese.
  9. 1 sudu teh minyak zaitun.

Bahan-bahan untuk resepi bubur cheese.

Cara-cara masak bubur nasi cheese.

Berikut adalah langkah-langkah yang mudah untuk memasak bubur nasi cheese:

  • Langkah pertama - panaskan periuk dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Tunggu sehingga minyak panas. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Langkah kedua - Masukkan isi ayam bersama labu yang dibersih tadi. Kacau sebentar dan masukkan 3 gelas air kosong. Tutupkan periuk dan tunggu sehingga ayam mendidih.
  • Langkah ketiga - Seterusnya, apabila sup ayam tadi mula mendidih, boleh terus masukan beras yang dibasuh bersih tadi. Kacau selalu supaya beras tak melekat dibahagian bawah. Tutup balik tudung periuk tadi.
  • Langkah keempat - Kacau selalu supaya beras masak dengan elok. Tunggu sehingga air kering sedikit sebelum masukkan sayur sawi.
  • Langkah kelima - Pastikan semua bahan masakan masak dengan sekata sebeum tutup api. Tunggu sehingga air beras tadi kering sedikit. Tutupkan api.
  • Langkah keenam - Masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam pengisar dan carik-carik 1/2 kepingan cheese kedalam bubur nasi tadi. Kisar sehingga halus.
  • Bubur nasi cheese siap untuk simanja anda.

Bubur cheese selepas blend.

Jadi ibu kena rajin dan harus pandai dalam setiap penjagaan anak. Sukatan resepi bubur cheese ini boleh diolah mengikut citarasa anda. Untuk sayur boleh diganti dengan sayur kegemaran anak anda. Resepi ini juga boleh digantikan dengan ikan bilis atau daging. Semoga dengan perkongsiaan resepi bubur cheese ini membantu anda menjadi ibu yang lebih baik. Selamat mencuba!

Add new comment