Resepi bubur cheese dan ayam untuk bayi 9 bulan

Bahan-bahan untuk bubur cheese.

Pasti setiap ibu inginkan yang terbaik untuk sikecil anda. Setiap bayi seusia 6 bulan sudah boleh belajar makan, selain dari minum susu ibu atau formula. Bayi 6 bulan keatas memerlukan makanan pejal bagi keseimbagan tumbesaran mereka. Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi makanan bayi 6-9 bulan. Kali ini, saya kongsikan khusus untuk bayi umur 9 bulan keatas.

Bayi umur 9 bulan, sudah boleh diperkanalkan dengan makanan rempah atau tenusu secara perlahan dalam kuantiti yang sedikit. Resepi bubur cheese dan ayam ini antara menu yang digemari oleh sikecil anda. Rasa lemak manis dan masin dari cheese, pasti membuka selera anak anda. Variasikan menu resepi bayi anda untuk menarik minat sikecil anda terhadap makanan. Ayuh cuba resepi yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan bubur cheese dan ayam

Untuk masak bubur cheese dan ayam ini sangat lah mudah. Anda boleh mengguna cheese yang sedia ada dipasaran, hanya perlu mengawal kuantiti penggunaan sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  1. 3 genggam beras - Beras dibasuh bersih, dan ditoskan airnya sehingga betul-betul kering.
  2. 200 gram isi ayam yang dibuang lemak dan kulit. Lagi elok gunakan bahagian dada ayam.
  3. 150 gram brokoli - brokoli mesti direndam selama 5 minit bersama garam halus untuk buang serangga dan racun pada brokoli jika ada.
  4. 1/2 cheese slice - saya gunakan jenama chesdale.
  5. 1 sudu teh minyak zaitun.
  6. 3 gelas air kosong.

Cara memasak bubur cheese dan ayam

Cara penyediaan yang sangat mudah dan ringkas saja. Jom, kita tengok cara untuk memasak bubur cheese dan ayam. Masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit sahaja.

  • Langkah pertama, panaskan kuali dengan api yang sangat perlahan untuk kita mengoreng isi ayam bersama minyak zaitun. Pastikan isi ayam digoreng sehingga kekuningan.
  • Seterusnya, masukkan beras yang telah ditoskan air bersama 3 gelas air kosong. Gunakan api yang perlahan sajaj.
  • Kemudian masukkan brokoli kedalam nasi.
  • Tutupkan periuk supaya brokoli dan nasi dapat masak dengan elok. Kacau selalu supaya tidak hangit dibahagian bawah.
  • Tunggu sehingga nasi betul-betul kembang dan air mula kering dan brokoli masak. Pastikan nasi betul-betul masak supaya anak anda tidak mengalami kembung perut.
  • Setelah itu, masukan bubur nasi bersama brokoli, ayam yang digoreng bersama minyak zaitun dan 1/2 cheese kedalam pengisar..
  • Kisar sehingga halus. Jika bayi anda dah tumbuh gigi, boleh kisar secara kasar sedikit.
  • Resepi bubur cheese dan ayam untuk simanja anda siap dihidangkan.

Semoga dengan perkongsian resepi bubur nasi ini, memberikan anda idea untuk menu sikecil anda. Semoga anda menjadi ibu yang terbaik untuk sicomel anda. Selamat mencuba!

Add new comment