Cara masak bubur nasi bayi demam 6-9 bulan

Pasti semua ibu-ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Seperti sedia maklum bayi amat mudah dijangkiti penyakit kerana imun dalam badan anak anda masih belum kuat. Hari ini, saya kongsikan cara masak bubur nasi untuk bayi demam dari umur 6 bulan keatas. Ramai ibu diluar, bila anak demam jalan singkat bagi makan ubat. Perlu diingatkan anak bawah 2 tahun tidak digalakkan untuk makan apa jenis ubat kecuali atas nasihat doktor sahaja.

Jika nak bayi selalu sihat, ibu perlu rajin untuk sediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat. tak perlu risau lagi, resepi cara masak bubur nasi bayi demam 6-9 bulan, dapat mengurangkan kerisauan anda. Hanya menggunakan bahan asas sahaja untuk menyediakan sup ini.

Bahan-bahan masak bubur nasi.

Selain dari memberikan anak anda makan supplement, ada cara yang lagi mudah untuk membantu meningkatkan imun badan anak anda. Antara bahan yang saya gunakan ialah:

  1. 3 genggam beras - basuh bersih dan toskan airnya sehingga kering.
  2. 200 gram lobak merah - potong bulat dan nipis supaya mudah empuk.
  3. Seulas bawang putih.
  4. Seulas bawang merah kecik - Boleh jugak bawang merah yang besar atau bawang hollland.
  5. 1 sudu teh minyak zaitun untuk menumis.
  6. 200 gram isi ayam - saya guna bahagian dada ayam. Mesti buang semua lemak dan kulit.
  7. 3 gelas air kosong.

Cara masak bubur nasi.

Resepi bubur nasi ini sangat sesuai untuk bayi yang demam, selsema dan batuk. Caranya penyendiaan yang sangat ringkas dan mudah. Pastikan tiada bahan perasa dalam makanan bayi anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak bubur nasi:

  • Panaskan periuk dengan api yang paling perlahan. Masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
  • Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Tidak perlu tunggu sehingga kekuningan, pastikan bawang tidak hangit.
  • Seterusnya, masukkan isi ayam yang dihiris nipis bersama lobak merah. Kacau rata, tunggu lebih kurang 5 minit supaya air dari isi ayam keluar.
  • Masusukan 3 gelas air kosong unutk merenih sup ayam tadi. Tutup periuk supaya ayam dan lobak merah dapat masak dengan sekata. Kacau sekali sekala.
  • Setelah isi ayam hampir masak, masukkan beras yang telah dicuci bersih dan airnya telah kering kedalam supa ayam tadi.
  • Gaul sebati beras bersama ayam tadi sehingga rata. Tutupkan periuk lagi, Kecilkan api.
  • Kacau selalu supaya bubur nasi tidak mudah hangit dibahagian bawah.
  • Tunggu sehingga beras kembang dan masak.
  • Kemudian air kering, setelah itu, taburkan daun sup diatas bubur nasi tadi. Tunggu 5 minit sebelum bubur nasi dikisar.
  • Bubur nasi siap untukl simanja anda. Sangat mudah dan ringkas.

Lobak merah antara sayuran yang paling bagus untuk bayi anda, selain dari kaya dengan vitamin A, lobak merah jugak dapat membantu meningkatkan imun badan anak anda. Pastikan anda tahu kahsiat sayuran yang diberikan kepada bayi anda. Sediakan makanan yang terbaik untuk simanja anda. Semoga dengan perkongsiaan resepi cara masak bubur nasi ini membantu anda menyajikan makanan yang terbaik untuk bayi anda. Selamat mencuba.

Add new comment