Resepi sup daging istimewa

Sup antara masakan yang paling ringkas dan mudah untuk disediakan. Hari ini saya sediakan satu resepi sup daging istimewa. Sup daging adalah makanan kegemaran saya dan keluarga. Selalu disajikan untuk hidangan tengahari atau makan malam. Kalau guna daging batang pinang atau daging import pun boleh. Takdak masalah. Resepi ini saya belajar masa sekolah lagi. Resepi campak-campak saja, janji sedap.

Terdapat pelbagai resepi sup daging, ada yang menumis dulu dan ada yang terus merebus. Semuanya bergantung kepada kepakaran masing-masing. Apa yang penting didalam resepi sup daging istimewa ini adalah resepi yang tersendiri dan rasanya yang enak. Anda harus mencubanya dirumah.

Jangan buang masa lagi, jom saya kongsikan dengan anda antara bahan yang saya gunakan dalam resepi sup daging istimewa ini dan cara penyediaanya. Selamat mencuba!

Bahan-bahan sup daging istimewa

Berikut adalah bahan-bahan untuk masak sup daging istimewa.

  • 500g daging batang pinang dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan airnya sehingga kering.
  • 1 bungkus sup bunjut – saya gunakan sup bunjut tulang.
  • 2 biji kentang dipotong 4 atau 6 bergantung pada selera masing-masing.
  • 1/2 biji carrot dipotong ikut suka – saya potong bulat.
  • daun sup dan daun bawang – dihiris kasar.
  • bawang goreng jika suka.

Bahan-bahan tumisan sup daging istimewa

Berikut adalah bahan-bahan untuk menumis sup daging istimewa.

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 3 batang akar pokok daun sup
  • 2 batang serai dititik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu kecil lada hitam tumbuk lumat
  • garam & gula secukup rasa

Cara memasak sup daging istimewa.

Sup daging istimewa adalah resepi yang cukup ringkas. Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Berikut adalah cara-cara untuk masak sup daging istimewa.

  • Rebus daging bersama sup bunjut didalam periuk dengan menggunakan api sederhana perlahan. Masak sehingga daging betul-betul lembut.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan akar pokok daun sup sehingga sedikit lumat.
  • Kemudian panaskan minyak dalam kuali yang berasingan dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi bahan-bahan untuk tumisan yang lain hingga kekuningan dan tutup api.
  • Seterunya, masukkan bahan tumisan yang telah digoreng tadi kedalam periuk bersama daging yang telah direbus.
  • Masak daging sehingga lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Kemudian masukkan kentang, bila kentang dah lembut baru masukkan pula carrot. Tutupkan periuk supaya daging cepat masak.
  • Hidangkan sup daging istimewa yang telah dimasak dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan bawang goreng.

Add new comment