Resepi ayam masak merah yang mudah

Ayam masak merah merupakan makanan kegemaran ramai. Pasti ibu-ibu ada resepi yang tersendiri untuk masak ayam masak merah buat keluarga sendiri. Lain orang lain resepinya. Ayam masak merah sangat sedap bila dimakan bersama nasi tomato. Sedap juga dimakan bersama dengan nasi putih. Sekali lagi, hari ini saya kongsikan resepi kegemaran ramai cara untuk masak ayam masak merah yang pastinya mudah tapi sedap. Bagi mereka yang baru nak belajar memasak, pastikan anda mencuba resepi ini dirumah.

Mungkin ramai yang gemar makan ayam masak merah, tapi ramai yang kurang mahir untuk memasaknya. Jangan risau, resepi yang dikongsikan kali ini, sangatlah cepat dan sedap. Untuk resepi ini, saya ajar langkah satu persatu dan kongsikan tips buat mereka yang baru cuba untuk memasak. Tanpa buang masa, jom tengok antara bahan yang saya gunakan.

Bahan-bahan ayam masak merah

Berikut adalah antara bahan yang saya gunakan dalam resepi ini. Bahan yang cukup mudah untuk dibeli. Jangan kata susah untuk masak, cuba dulu baru tahu hasilnya.

  1. 7 ketul ayam - pilih bahagian yang anda suka. Saya selalu masak bahagian yang ada tulang.
  2. Sebijik bawang merah besar.
  3. 3 ulas bawang putih.
  4. Halia lebih kurang besar duit 50 sen.
  5. Lengkuas, saiz lebih kurang sama dengan halia juga.
  6. Kunyit hidup saiz lebih kurang duit 20 sen.
  7. 3 batang serai.
  8. Segengam cili kering - Cili kering rebus dahulu kemudian tapis bijinya. Goreng sekejap lebih kurang 5 minit supaya bila kisar nanti biji mudah hancur dan rasa sambal lebih sedap.
  9. 2 sudu besar sos cili
  10. 1 sudu besar oyster sos.
  11. 1 sudu besar sos tomato.t
  12. 1 sudu teh sos plum
  13. Gula merah - boleh juga gantikan dengan gula putih jika suka.
  14. Pati ayam

Cara-cara untuk masak ayam masak merah

Kalau nak ikutkan banyak sangat cara untuk masak ayam masak merah ni., tapi masing-masing ada kaedah yang tersendiri untuk masak buat keluarga tersayang kan. Pastikan masak dengan penuh kasih sayang, barulah sedap.

  • Mula - mula sekali goreng ayam dulu. Gaulkan ayam dengan garam kunyit. Jangan goreng terlalu garing, sebab nanti ayam akan dimasak sekali lagi bersama sambal. Goreng seprauh masak sahaja. Kemudian ketepikan.
  • Langkah pertama - Bahan-bahan untuk kisar ialah bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai. Kisar sehingga halus dan lumat.
  • Langkah kedua - kisar cili kering yang direbus tadi. Kisar sehingga halus.
  • Langah ketiga - Gunakan minyak dan kuali yang sama semasa mengoreng ayam tadi untuk menumis. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dahlu dan wangi. Kemudian baru masukkan cili kering yang dikisar tadi. Tumiska lagi sehingga pecah minyak.
  • Langkah keempat - Masukkan oyster sos, sos cili d dan sos tomato. Gaul sebati dan tunggu sehingga mendidih sedikit.
  • Langkah kelima - Masukkan sos plum. Kacau bagi sebati dan rata.
  • Langkah keenam- Baru boleh masuukan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan gaul shingga semua bahagian ayam kena sambal. Mask sehingga kuah mendidih.
  • Langkah ketujuh- akhir sekali masukkan lah garam, gula merah dan pati ayam sebagai perasa. gaul rata dan taburkan hirisan bawang dan dauh ketumbar.
  • Ayam masak merah siap untuk dihidangkan.

Mudah kan?? semudah ABC saja. Jangan malu untuk mencuba, kalau gagal untuk petama kali, cuba buat kali yang kedua. Kenapa perlu guna sos plum? Sos plum akan bagi ayam masak merah cantik dan warnanya sedikit berkilat dan tak perlu gunakan air asam jawa lagi. Semoga dengan perkongsiaan resepi ini, akan memberi anda semangat untuk memasak. Selamat mencuba!

Add new comment