Resepi ayam masak kicap

Resepi ayam masak kicap yang ringkas dan cepat. Resepi ini sesuai dijadikan menu untuk berbuka puasa atau pun sahur. Cara penyediaan yang ringkas, cepat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Sebut sahaja ayam masak kicap. pasti terdapat pelbagai resepinya. Lain orang lain cara masakanya. Hari ini saya ingin kongsikan resepi ayam masak kicap. Untuk resepi ini saya sendiri telah olah mengikut citarasa keluarga sendiri. Ayam masak kicap selalunya menjadi menu kegemaran terutamanya bagi kanak-kanak kerana menunya yang tidak pedas.

Mungkin agak ringkas resepi yang akan dikongsikan kali ini, namun anda boleh ubah dan olah resepi ini mengikut citarasa sendiri. Bagi yang gemar makan pedas, anda boleh sahaja tambahkan cili dalam resepi ini. Untuk resepi ayam masak kicap yang saya kongsikan ini, lebih sesuai untuk mereka hidangkan buat anak-anak dihujung minggu anda. Tanpa buang masa, jom kita tengok antara menu yang saya gunakan dalam resepi ringkas ini.

Bahan-bahan untuk masakan ayam masak kicap

Saya hanya menggunakan bahan yang sangat ringkas bagi resepi ayam masak kicap ini. Bahan yang telah sedia ada didapur kita. Berikut adalah bahan-bahannya:

  1. 7 ketul ayam bahagian paha dan sayap ayam - Boleh saja gunakan bahagian ayam yang anda suka. Basuh ayam bersama perahan limau nipis dan rendamkan bersama tepung selama 10 minit untuk buang hanyir pada ayam. Kemudian basuh bersih berserta 'selawat' dan toskan airnya sehingga kering.
  2. 3 sudu besar kicap lemak manis.
  3. 2 sudu besar sos tiram.
  4. 3 ulas bawang merah.
  5. 3 ulas bawang putih.
  6. Halia besar ibu jari.
  7. Air asam jawa. Kalau takda boleh gantikan dengan air rendaman asam keping.
  8. Sebatang serai.
  9. Daun ketumbar atau daun sup untuk hiasan.

Cara-cara untuk masak ayam masak kicap

Dibawah saya telah tulis mengikut turutan langkah demi langkah untuk masak ayam masak kicap. Antara langkah-langkahnya ialah:

  • Langkah pertama, gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Biarkan selama lebih kurang 5 minit supaya garam dan kunyit tadi meresap masuk kedalam isi ayam sebelum goreng.
  • Langkah kedua, panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan ayam sehingga masak. Setelah itu, angkat dan toskan minyaknya. kemudian ketepikan dahulu.
  • Langkah ketiga, gunakan minyak yang sama, minyak yang goreng ayam tadi untuk proses menumis pula. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk secara kasar. Boleh jugak dikisar juga suka. Tumis sehingga naik bau dan wangi.
  • Langkah ketiga, seterusnya masukan kicap lemak manis dan sos tiram. Gaul sebati dan masukkan sedikit air. Kalau suka kuah banyak boleh masukan segelas air. Bergantung pada selera masing-masing.
  • Langkah kelima, Masak sehingga kuah naik buih-buih kecil dan masukkan serai yang dititik tadi. Gaul sebati dan masukan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan perasakan bersama gula dan garam secukup rasa.
  • Sebelum tutup api, kacau lagi sehingga ayam dan kuah sebati. Taburkan daun sup atau daun ketumbar sebagai hiasan.
  • Ayam masak kicap siap dimasak dan dihidangkan bersama nasi putih beserta ulam dan sambal belacan.

kalau nak sedap lagi, bagi yang suka pedas, anda boleh hiris cili padi lebih kurang 3 atau 4 bijik dan taburkan diatas ayam masak kicap. Selain itu, boleh juga dimasukkan kentang atau lobak merah sebagai sayuran dan penambah rasa untuk masakan anda. Semoga dengan perkongsiaan ini, membantu anda untuk masak buat keluarga tercinta. Selamat mencuba!

Add new comment