Submitted by nazihah on

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang cukup mudah untuk disediakan iaitu resepi ayam masak halia. Masakan yang ringkas, cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Seperti biasa, kalau ada resepi baru pasti saya kongsikan bersama dengan anda. Resepi ayam masak halia ini saya belajar dari seorang rakan. Mula-mula saya agak kurang mengemari masakan ini kerana ada halia. Tapi selepas saya mencubanya, resepi ini sangat sedap. Ia pasti tidak mengecewakan anda.
Resepi ayam masak halia ini saya olah sedikit dari resepi yang asal. Ada penambahan bahan lain didalam resepi ini mengikut citarasa keluarga saya. Resepi yang cukup ringkas untuk disediakan dan sedap juga dimakan bersama roti bakar. Selain itu boleh dijadikan menu hidagan minum petang bersama kawan-kawan atau keluarga.
Ayuh ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan-bahan yang digunakan dan cara memasak resepi ayam masak halia. Kepada anda yang ingin mencuba resepi ini, semoga Berjaya!
Bahan- Bahan untuk masak resepi ayam masak halia
Berikut adalah bahan-bahan untuk masak resepi ayam masak halia.
- 500 gm ayam potong kecil dan basuh sehingga bersih. Kemudian toskan airnya sehingga kering.
- 3 sudu besar sos tiram.
- 1/2 cawan air putih.
- 1 sudu teh tepung jagung.
- 1 sudu teh serbuk lada hitam.
- 1 pokok daun bawang dipotong halus.
- 1 biji buah tomato dipotong empat.
- minyak untuk memasak.
- garam dan sedikit gula secukup rasa.
Bahan- Bahan hirisan
- 5 cm halia.
- 3 ulas bawang merah.
- 3 ulas bawang putih.
- 3 tangkai cili merah.
- 4 tangkai cili padi merah – jika suka pedas boleh letakkan banyak.
Cara-cara untuk masak resepi ayam masak halia
Berikut adalah langkah-langkah untuk masak resepi ayam masak halia.
Add new comment