Resepi sambal sotong istimewa

Sambal sotong istimewa

Resepi sambal sotong istimewa dari bonda. Ini antara resepi yang pertama saya belajar memasak. Sudah adat kalau pertama kali masak, kurang sedap. Manusia, sentiasa kena terus belajar dan usaha. Gunakan sotong yang segar dan saiz yang sederhana. Sotong adalah makanan kegemaran keluarga saya. Dimasak dengan pelbagai jenis resepi seperti kari sotong, sotong goreng kunyit, sotong berlada dan lain-lain. Ia sesuai dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih. Bau aroma tumisan sambal pasti akan membuatkan anda tidak sabar untuk makan. Menu ini boleh dihidangkan untuk makan malam atau tengahari buat keluarga anda. Selain itu, ia sedap dimakan bersama ikan goreng atau ayam goreng. Pasti membuka selera anda.

Kali ini, kami ingin kongsikan bersama dengan anda satu resepi yang cukup mudah dipelajari dan tidak mengambil masa yang lama memasak sambal sotong istimewa. Ia cukup simple untuk disediakan. Sesuai bagi kaum ibu yang bekerjaya. Masakan yang ringkas, tapi amat menyelarakan. Jangan kita buang masa lagi, jom kita ke dapur untuk lihat antara bahan yang diperlukan untuk memasak. Selamat mencuba.

Bahan-bahan sambal sotong istimewa

Berikut adalah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sambal sotong istimewa. Hidangan ini adalah untuk 5 orang makan.

  • 10 ekor sotong – saya gunakan sotong yang saiz sederhana. Dibasuh bersih dan toskan airnya sehingga kering. Jika suka sotong boleh dimasak seekor atau dipotong bulat. Saya lebih suka dipotong bulat untuk masak sambal sotong istimewa ini.
  • 20 tangkai cili kering – dipotong serong kemudian direbus untuk buang biji.
  • 5 ulas bawang merah – saya gunakan bawang merah kecil saiz sederhana. Lagi banyak, lagi sedap.
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 asam keping – boleh digantikan dengan air asam jawa
  • Satu labu bawang besar – saya gunakan bawang Holland. Potong bulat sebagai hiasan
  • Satu sudu teh garam dan gula – tambahkan sukatan kalau kurang sedap

Cara memasak sambal sotong istimewa

Terdapat pelbagai cara untuk masak sambal sotong istimewa. Mungkin ada yang menggunakan kaedah tumis semua bahan bersama sotong dengan menggunakan api yang kuat. Ada juga yang masak dengan menumis semua bahan dahulu kemudian baru masukkan sotong. Semua cara memasak berbeza mengikut kepada individu itu sendiri.

  • Langkah pertama, kisarkan cili kering, bawang merah kecil dan bawang putih sehingga halus.
  • Kemudian masukkan 3 sudu makan minyak masak. Tunggu sehingga minyak betul-betul panas supaya cili akan masak dengan elok.
  • Setelah minyak panas, masukkkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tunggu sehingga sambal berbau wangi. Perlahankan api dan biarkan sambal masak dengan seketa. Kacau sekali sekala supaya bahagian bawah tidak hangit.
  • Seterusnya, masukkan 1 sudu teh gula dahulu. Teruskan kacau lagi sehingga kuah sambal sedikit garing dan pecah minyak.
  • Kemudian baru lah masukkan sotong yang telah ditoskan airnya tadi. Pastikan sotong betul-betul kering supaya ia tidak berair semasa memasak. Ini bagi mengelakkan sambal menjadi cair. Kacau lagi sehingga sotong sebati dengan bahan tumisan
  • Akhir sekali, masukkan garam dan asam keping. Taburkan hirisan bawang Holland dan masak sehingga kuah sotong menjadi sedikit pekat.
  • Sambal sotong istimewa sedia untuk dihidangkan.

Tips

Untuk mendapatkan rasa yang enak pada sambal sotong istimewa ini ada beberapa tips yang anda perlu tahu. Tips pertama untuk masak bahan tumis sambal, jangan menggunakan api yang kuat, gunakan api yang perlahan sahaja. Bagi yang sudah mahir tidak ada masalah, untuk guna api yang garang tapi anda harus kerap kacau sambal supaya kuah tidak hangit. Cara mudah masak dengan api yang perlahan. Untuk tips kedua masak sambal sehingga betul-betul garing dan pekat. Ini untuk mengelakkan sambal anda cepat basi dan cili akan masak dengan elok. Selain itu, masukkan gula terlebih dahulu, supaya warna sambal akan kelihatan lebih menarik. Itu antara tips yang saya belajar dari ibu saya.

Memasak sambal sotong istimewa adalah mudah dan ringkas. Ia tidak menggunakan bahan yang banyak. Anda boleh sajikan sambal sotong bersama kuah masak lemak dan lagi sedap dimakan dengan nasi impit. Anda juga boleh menambah telur rebus sebagai tambahan. Semoga resepi sambal sotong ini menjadi hidangan istimewa keluarga dihujung minggu anda. Selamat menjamu selera.

Add new comment