Resepi nasi tomato bersama ayam masak merah

Nasi tomato

Kita bersua sekali lagi dalam resepinasiayam.com. Kali ini, kami ingin berkongsi satu lagi resepi masakan yang cukup senang dan ringkas untuk dimasak iaitu nasi tomato bersama ayam masak merah. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis resepi dan cara untuk masak nasi tomato dan ianya bergantung pada kemahiran individu tersebut.

Menu ini boleh dijadikan hidangan untuk tetamu dan keluarga pada hujung minggu anda. Selain itu, nasi tomato bersama ayam masak merah ini boleh dihidangkan bersama dengan acar timun sebagai pelengkap menu makanan. Ia juga bagus untuk kesihatan kita. Kepada mereka yang gemar bertukar-tukar menu hidangan, anda boleh mencuba resepi yang mudah ini. Jom kita lihat antara bahan-bahan yang diperlukan dan langkah-langkah untuk memasak. Selamat mencuba

Bahan-bahan untuk masak nasi tomato

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi tomato. Antaranya ialah:

  • 3 cawan beras – Lebih sedap jika masak menggunakan beras basmahti. Selain dari kualiti beras yang terjamin ia juga bagus untuk kesihatan kita. Nasi juga akan kelihatan lebih menarik
  • 1/2 cawan susu cair – Bergantung pada sukatan beras
  • 2 biji tomato segar dicincang halus – Jika suka boleh letakkan banyak
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar minyak sapi – Jika tiada minyak sapi, anda boleh gantikan dengan majerin atau minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan air – Bergantung pada sukatan beras yang dimasak
  • 2 helai daun pandan untuk wangi

Bahan-bahan menumis nasi tomato

Antara bahan tumisan yang diperlukan untuk menumis nasi tomato ialah:

  • 3 ulas bawang putih – Dihiris nipis
  • 3 ulas bawang merah – Dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • Kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara memasak nasi tomato

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak nasi tomato

  • Masukkan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga bau harum. Anda boleh tumis terus didalam rice cooker atau menggunakan periuk lain
  • Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumiskan lagi sehingga naik bau
  • Langkah seterusnya, anda masukkan susu cair, buah tomato, sos cili dan garam secukup rasa.
  • Tambahkan air dan tunggu sehingga mendidih
  • Kemudian, masukkan beras bersama daun pandan dan gaul rata. Tutupkan api
  • Selepas itu, alihkan rice cooker dan letakkan didalam bekasnya. Tanak nasi seperti biasa
  • Apabila nasi sudah mula kering, gaul rata tapi jangan sampai nasi hancur
  • Nasi tomato siap untuk dihidangkan

Bahan-bahan untuk ayam masak merah

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan mengikut citarasa masing-masing
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Santan pekat
  • 10 tangkai cili kering – direbus dahulu dan buang bijinya
  • Gula dan garam

Ayam masak merah

Cara memasak

  • Kisarkan semua bahan tadi bersama sedikit minyak masak
  • Kemudian panaskan minyak dengan api yang sederhana
  • Goreng ayam terlebih dahulu sehingga ayam separuh masak sahaja
  • Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak
  • Masukkan santan pekat dan ayam goreng
  • kemudian, masak lagi sehingga mendidih dan ayam masak dengan sempurna
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Taburkan hirisan daun ketumbar sebagai hiasan

Tips

Sedikit tips untuk dikongsi bersama ketika menumis bahan-bahan untuk nasi tomato, jangan gunakan api yang terlalu garang. Ini kerana bahan tumisan akan cepat hangit dan akan menyebabkan nasi anda akan rasa sedikit pahit. Lebih elok, gunakan api yang perlahan sahaja.

Pastikan kuantiti susu dan air secukupnya dengan kuantiti nasi supaya nasi yang dimasak tidak keras atau lembik. Jika suka, anda juga boleh tambahkan tomato puree semasa menumis.

Seorang isteri dan ibu pasti mahukan yang terbaik untuk keluarga mereka. Masaklah dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, ia pasti dapat merapatkan lagi kasih sayang didalam keluarga. Masa yang diperlukan untuk memasak nasi tomota hanya 1 jam sahaja. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup diatas nasi agar kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Sehingga kita berjumpa di resepi yang lain. Selamat menjamu selera.

Add new comment