Resepi nasi lemak ayam berempah

Nasi lemak ayam berempah

Nasi lemak adalah menu sarapan pagi bagi rakyat Malaysia. Dihidangkan bersama sambal bilis, telur rebus dan timun. Baunya yang harum pasti dapat membuka selera seisi keluarga anda. Nasi lemak sedap dimakan ketika masih panas-panas. walaupun proses membuatnya agak sedikit remeh dan memerlukan masa yang lama tapi kami ingin kongsikan resepi nasi lemak lain dari yang lain kerana menu lauk yang mengunakan ayam. Mengubah selera keluarga anda sekali sekala apa salahnya. Resepi nasi ayam berempah yang cepat dan mudah untuk anda mencuba di rumah.

Bahan-bahan untuk masak nasi

Perkara pertama yang anda harus lakukan untuk masak nasi lemak ialah, pastikan bahan-bahan asas sudah disediakan dengan betul. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 2 cawan beras – dibasuh dan toskan airnya
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan nasi

  • Langkah pertama, basuh beras seperti biasa dan toskan airnya sehingga kering
  • Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi
  • Masukkan 3 cawan santan kedalam beras
  • Kemudian, masukkan hirisan halia dan sedikit garam ke dalam beras
  • Masukkan daun pandan yang disimpul tadi kedalam beras supaya nasi akan wangi
  • Tanak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi

Bahan-bahan untuk perapan ayam

Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, anda boleh perapakan ayam semalaman sebelum mengoreng. Jika kesuntukan masa, perapkan ayam selama 1 jam. Antara bahan perapan yang diperlukan ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam
  • 3 sudu besar serbuk cili – boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 tangkai daun kari

Cara memasak ayam berempah

  • Langkah pertama, kisarkan semua bahan perapan sehingga halus kecuali daun kari
  • Kemudian lumurkan semua bahan perapan ke semua bahagian ayam. Gaulkan sehingga rata
  • Perapkan satu jam atau semalaman bersama daun kari
  • Kemudian, goreng ayam dengan menggunakan minyak yang banyak
  • Goreng ayam sehingga kekuningan
  • Apabila masak, angkat dan toskan minyaknya

Bahan-bahan untuk masak sambal

Lain orang lain resepinya. Untuk masak sambal nasi lemak, agak berbeza cara masakannya dengan sambal ayam atau sambal ikan. Kesedapan nasi lemak itu, bergantung pada kuah sambal. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 10 tangkai cili kering – direbus terlebih dahulu
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • segengam ikan bilis

Cara memasak sambal

  • Langkah pertama, kisarkan semua bahan tadi sehingga lumat kecuali ikan blis
  • Panaskan minyak dengan api yang sederhana panas
  • Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing
  • Kemudian, angkat ikan bilis dan toskan minyaknya
  • Jangan dibuang minyak yang goreng ikan bilis.
  • Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
  • Perasakan dengan gula dan garam

Tips

Sedikit info untuk dikongsi bersama, sambal nasi lemak lebih sedap dimasak terlebih dahulu sebelum memasak nasi kerana rasa sambal akan lebih sekata apabila dimakan bersama nasi dan ayam. Untuk perapan ayam pula, lebih mudah jika disediakan terlebih dahulu untuk menjimatkan masa memasak anda

Nasi lemak adalah makanan kegemaran semua tidak kira peringkat umur. Lebih sedap dibungkus didalam daun pisang. Nasi lemak ayam berempah sedap dimakan bersama sambal bilis, timun dan telur dan kacang goreng. Selamat menjamu selera.

Tags: 

Add new comment