Resepi nasi beriani bersama ayam masak merah

Nasi beriani

Nasi beriani adalah menu pilihan untuk disajikan pada musim perayaan, rumah terbuka dan majlis keramaian. Terdapat pelbagai jenis resepi dan cara masa nasi beriani. Asal usul nasi beriani datangnya dari Negeri Johor. Mungkin ramai yang kata agak remeh untuk memasak, namun pada masa kini terdapat rempah segera untuk masakan. Hari ini, kami ingin kongsikan bersama anda, resepi yang cukup mudah dan pasti lazat. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk masak nasi

Proses memasak nasi ini sangat mudah. Sediakan bahan-bahan terlebih dahalu, sebelum memasak. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang disediakan sahaja. Iaitu:

  • 3 cawan beras basmathi – rendam selama 10 minit dan toskan airnya
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • Segengam buah gajus dan kismis
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan nasi

  • Langkah pertama, beras direndam sekejap selama 10 atau 20 minit dan toskan airnya
  • Kemudian, panaskan minyak sapi dan tumiskan semua bahan sehingga naik bau
  • Masukkan rempah beriani dan kacau sehingga pecah minyak
  • Kemudian, masukkan susu cair dan air tunggu sehingga mendidih
  • Seterusnya masukkan buah gajus dan kismis dan perasakan dengan garam dan gula
  • Tuangkan semua bahan yang dimasak tadi kedalam periuk nasi, dan tanak nasi seperti biasa dengan menggunakan periuk nasi elektrik
  • Nasi beriani siap untuk dihidangkan

Bahan-bahan untuk ayam masak merah

Nasi beriani boleh dimakan bersama kari daging, daging beriani, daging masak hitam atau ayam masak merah. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Santan pekat
  • 10 tangkai cili kering – direbus dahulu dan buang bijinya
  • Gula dan garam

Cara memasak

  • Kisarkan semua bahan tadi bersama sedikit minyak masak
  • Kemudian panaskan minyak dengan api yang sederhana
  • Goreng ayam terlebih dahulu sehingga ayam separuh masak sahaja
  • Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak
  • Masukkan santan pekat dan ayam goreng
  • kemudian, masak lagi sehingga mendidih dan ayam masak dengan sempurna
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Taburkan hirisan daun ketumbar sebagai hiasan

Tips

Jangan gaul nasi terlalu kerap kerana nasi akan mudah patah. Sendukkan nasi perlahan-lahan kedalam bekas hidangan. Nasi beriani ayam masak merah siap dihidangkan bersama dengan acar timun. Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, dicadangkan anda menggunakan beras basmathi moghul Faiza.

Boleh dicuba resepi ini dirumah dan dihidangkan kepada keluarga anda. Kepada semua suri rumahtangga, anda boleh bertukar menu masakan untuk dihidangkan kepada anak-anak. Masa yang diperlukan lebih kurang satu jam atau lebih. Bergantung pada kreativiti anda. Selamat menjamu selera.

Add new comment