Resepi nasi ayam hainan

Nasi ayam hainan

Hari ini saya cuba resepi baru yang mudah dan sedap. Selalu saya masak nasi ayam biasa saja. Kali ini, saya cuba masak resepi nasi ayam hainan. Tidak sangka ia menjadi kegemaran keluarga saya. Resepi ini, saya pelajari dari kawan-kawan dan saya cuba ubah sendiri mengikut selera sendiri. Nasi ayam hainan berasal dari Negara Cina dan semakin popular di Malaysia. Resepinya agak berbeza dari masak nasi ayam biasa. Saya masak menggunakan beras basmati. Rasa nasi yang lebih sedap.

Untuk mendapatkan rasa nasi ayam hainan yang sedap, anda mesti menggunakan stok air rebusan ayam yang segar. Nasi ayam hainan adalah antara resepi yang mudah disediakan. Tidak memerlukan masa yang lama untuk masak. Rasa yang asli dan mudah untuk disediakan menjadikan nasi ayam hainan antara resepi yang kerap dimasak oleh semua orang. Ia sesuai dijadikan menu hidangan kepada tetamu yang hadir ke rumah anda. Masa penyediaan yang singkat dapat menjimatkan masa anda. Hari ini saya ingin kongsikan bersama dengan anda resepi cara memasak nasi ayam hainan. Jom ikut saya ke dapur untuk lihat cara memasak dan bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk masak nasi ayam hainan

Antara bahan-bahan yang saya gunakan untuk memasak nasi ayam hainan ialah seperti berikut. Hidangan ini untuk 6 orang makan. Tambahkan sukatan atau kurangkan bergantung pada jumlah orang makan.

  • 4 cawan beras – Lebih sedap jika masak menggunakan beras basmahti. Selain dari kualiti beras yang terjamin ia juga bagus untuk kesihatan kita. Nasi juga akan kelihatan lebih menarik. Boleh juga masak menggunakan beras biasa. Beras dibasuh bersih dan toskan air sehingga kering.
  • 4 cawan air rebusan ayam – gunakan cawan yang sama dengan sukatan beras. Boleh kurangkan air, bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus.
  • 1 inci halia – dihiris nipis.
  • 2 ketul kiub pati ayam – jika suka.
  • 2 helai daun pandan – disimpul untuk wangikan nasi
  • Bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
  • 2 sudu besar mentega – boleh juga digantikan dengan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Cara memasak nasi ayam hainan

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak nasi ayam hainan.

  • Langkah pertama, masukkan 2 sudu besar mentega atau minyak sapi kedalam rice cooker. Tunggu sehingga mentega cair.
  • Kemudian, tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar. Masukkan rempah menumis dan tunggu sehingga naik bau.
  • Kemudian tuangkan beras yang dicuci bersih dan toskan airnya sehingga kering. Gorengkan beras sehingga semua bahan mesra.
  • Masukkan air rebusan ayam dan alihkan rice cooker ke dalam bekas masakan.
  • Tanak nasi seperti biasa
  • Apabila nasi sudah mula kering, gaul rata tapi jangan sampai nasi hancur.
  • Nasi ayam hainan siap untuk dihidangkan.

Tips

Resepi ini boleh juga menggunakan air rebusan tulang, lemak dan kulit ayam. Rasanya lebih enak dan berlemak. Boleh juga masak nasi ayam hainan ini dengan menggunakan periuk biasa tapi masak dengan api yang perlahan. Untuk gunakan stok ayam, rebus ayam bersama serai dan halia supaya air rebusan tidak hanyir.

Resepi nasi ayam hainan apabila siap dimasak sesuai dihidangkan bersama sup, ayam dan sos cili. Ia boleh dijadikan menu pada hujung minggu anda. Resepi ini, pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda. Untuk masak ayam, gunakan bahagian ayam yang digemari anak-anak dan keluarga. Saya memilih bahagian sayap dan paha ayam. Jangan lupa hidangkan bersama salad dan tomato. Selamat menjamu selera.

Comments

Waah enak sekali sepertinya, makasih ya bun udah share resepnya. Btw itu untuk penyajian berapa orang yah bun kira2? Soalnya anggota keluuargaku lumayan banyak :)

Add new comment