Resepi nasi ayam berempah sedap

Nasi ayam berempah yang sangat sedap

Salah satu masakan yang popular di Malaysia ialah nasi ayam berempah. Baunya yang harum pasti membuka selera seisi keluarga terutama anak-anak. Ia sesuai dijadikan hidangan makan tengahari atau makan malam. Ia juga sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos dan sup yang sedap. Disini kami kongsikan resepi nasi ayam berempah yang mudah dan cepat untuk anda mencuba di rumah.

Bahan-bahan untuk masak nasi ayam berempah

Perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk memasak nasi ayam berempah ialah menyediakan beberapa bahan asas. Seeloknya bahan -bahan ini disiapkan lebih awal untuk memudahkan proses memasak dan dapat menjimatkan masa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi ayam yang sedap adalah seperti berikut:

  • 2 cawan beras, basuh dan toskan air
  • Halia dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dan bawang merah ditumbuk
  • Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit majerin atau minyak sapi

Bahan-bahan untuk masak ayam berempah dan sup

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam berempah dan sup ialah seperti senarai dibawah:

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan, mengikut citarasa masing-masing
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 bunjut rempah sup
  • 2 ulas bawang merah dan bawang putih ditumbuk bersama halia
  • Air secukupnya untuk merebus ayam
  • Minyak untuk mengoreng ayam
  • Garam dan gula

Bahan-bahan untuk sos nasi ayam berempah

Berikut ialah senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sos nasi ayam berempah.

  • 5 biji cili besar
  • 2 bawang putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit gula sebagai perasa

Cara memasak nasi ayam

Bahan-bahan untuk memasak nasi ayam berempah sudahpun disediakan diatas tadi. Sekarang mari kita lihat cara-cara untuk memasaknya pula. Berikut ialah langkah demi langkah bagaimana untuk memasak nasi ayam berempah:

  1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya
  2. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan yang ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan air rebusan ayam bersama beras kedalam periuk
  4. Masukkan daun pandan untuk bau wangi
  5. Masak menggunakan rice cooker seperti biasa

Cara memasak sup ayam

Anda boleh memasak sup seperti sup biasa. Untuk menghasilkan sup nasi ayam yang ringkas, ikut langkah dibawah:

  1. Masukkan ayam yang dipotong kedalam periuk.
  2. Isikan air sehingga menutupi ayam
  3. Seterusnya masukakn sub bunjut, bawang putih, halia dan garam
  4. Masak sehingga mendidih

Bagi sup ayam istimewa, lihat artikel: Resepi masak sup ayam istimewa.

Cara memasak ayam berempah

Seterusnya ialah cara-cara untuk memasak ayam berempah. Berbagai cara dan resepi ayam berempah yang ada. Untuk ayam berempah yang ringkas dan sedap, ikut resepi dibawah:

  1. Keluarkan ayam yang direbus tadi dan toskan airnya.
  2. Perapkan ayam bersama bahan tumbuk, kari daging dan garam
  3. Gaulkan semua dan perap selama satu jam atau lebih
  4. Goreng ayam menggunakan minyak yang banyak dan sehingga kekunigan sahaja. Tidak perlu terlalu lama kerana ayam sudah direbus tadi.

Cara membuat sos nasi ayam

Kisarkan semua bahan sos tadi dan tumis bersama sedikit minyak dan tunggu sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula.

Tips

Untuk mendapatkan rasa dan bau wangi pada nasi, gunakan minyak sapi ketika menumis kerana nasi anda akan lebih kelihatan lembap sedikit dan warna yang cantik. Jika anda mengoreng ayam terlalu lama isi ayam akan rasa liat bila dimakan.

Nasi ayam berempah siap untuk dihidangkan. Hiaskan bersama tomato, salad dan timun. Makan ketika ayam masih panas kerana haruman dan rasanya pasti akan membuka selera anda. Sehingga bertemu lagi di resepi seterusnya. Selamat mencuba resepi nasi ayam berempah yang sangat sedap dan menyelerakan ini.

Tags: 

Add new comment