Resepi cara memasak nasi beriani mudah dan cepat

Nasi beriani

Nasi beriani adalah menu makanan yang selalu dihidangkan semasa rumah terbuka, hari raya, juadah berbuka puasa dan pada majlis kenduri kendara. Selain itu, nasi beriani adalah menu yang terkenal untuk dihidangkan pada majlis perkhawinan. Mungkin kerana aroma masakannya yang wangi dan sedap membuatkan ramai yang menggemarinya. Ramai yang kata nasi beriani agak remeh untuk dimasak kerana menggunakan bahan yang banyak. Jangan bimbang. Kali ini saya kongsikan resepi memasak nasi beriani mudah dan cepat untuk anda cuba. Cara memasak nasi beriani ini mungkin berbeza dengan cara masak nasi beriani gam Johor. Setiap orang ada cara masakan yang tersendiri.

Hari ini, saya kembali lagi berceloteh dengan resepi baru. Seperti biasa, setiap resepi yang saya kongsikan pasti dicuba dahulu dan dihidangkan buat keluarga. Jika ada kekurangan, saya akan adjust sehingga menjadi sedap dan sempurna. Memasak ini memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. Jangan cepat putus asa jika masakan yang dimasak tidak menepati citarasa selera keluarga atau rakan-rakan. Belajar dari kesilapan dan sentiasa memperbaiki kelemahan pasti anda akan berjaya.

Resepi cara memasak nasi beriani ini saya belajar dari ibu sendiri. Sebelum ini kalau rasa nak makan nasi beriani, mintak ibu buatkan. Tapi minggu lepas, saya belajar sendiri. Resepi nasi beriani yang diajar sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Tidak seperti yang disangka. Jangan kita buang masa lagi, ayuh kita sama-sama lihat antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi beriani mudah dan cepat ini.

Bahan-bahan

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi beriani ialah:

  • 4 cawan beras basmahti – sukatan ini untuk 5 orang makan. Beras ini dibasuh terlebih dahulu, rendam selama 5 ke 10 minit kemudian toskan airnya
  • 4 cawan air atau boleh gunakan air rebuasan ayam atau daging
  • 2 sudu besar rempah beriani – dibancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes
  • 2 biji bauh pelaga untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Bunga cengkih dan bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair – boleh kurang kan jika anda tidak suka lemak
  • 1 labu bawang besar – dihiris bulat. Boleh juga dikisar sehingga halus
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 2 sudu besar buah kismis
  • 2 sudu besar buah gajus
  • Minyak sapi

Cara-cara memasak nasi beriani

Terdapat pelbagai cara dan resepi untuk memasak nasi beriani. Resepi ini mungkin ada sedikit perbezaan dengan cara anda. Olah sendiri mengikut selera sendiri. Berikut ialah cara-cara untuk masak nasi beriani:

  • Panaskan minyak sapi. Saya tumis didalam rice cooker, anda juga boleh gantikkan minyak sapi dengan mentega atau minyak masak yang biasa.
  • Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis sehingga wangi dan naik bau
  • Seterusnya, masukkan pes beriani dan tumis sehingga pecah minyak
  • Langkah berikutnya, masukkan beras basmathi dan digoreng sebentar. Kacau sehingga semua bahan bercampur dengan sekata
  • Kemudian, masukkan air, susu cair, kismis dan buah gajus
  • Alihkan rice cooker kedalam bekasnya dan tanak nasi seperti biasa
  • Apabila nasi hampir kering, gembur-gemburkan sedikit nasi dengan perlahan supaya nasi tidak patah
  • Taburkan daun ketumbar atau daun sup untuk membangkitkan aroma wangi nasi beriani
  • Nasi beriani siap untuk dihidangkan

Tips

Taburkan kismis dan buah gajus sebagai hiasan. Gunakkan cawan yang sama untuk sukatan beras dan air, supaya nasi dimasak dengan sempurna.

Resepi yang cukup mudah dan cepat ini boleh dicuba pada hujung minggu. Kepada mereka yang sibuk dengan kerja, jangan bimbang. Nasi beriani mudah ini adalah masakan yang cepat untuk disediakan, Hanya memerlukan masa 30 minit sahaja untuk menyiapkan.

Akhir sekali, nasi beriani ini saya hidangkan dengan ayam masak merah dan acar buah atau acar timun. Memang sedap, suami pun puji. Anda juga boleh mencuba resepi nasi beriani mudah mengikut cara memasak diatas. Jika anda ada pelbagai resepi nasi beriani yang lain dan sedap, kongsikan ia bersama dengan kami. Selamat menjamu selera

Add new comment