Cara memasak nasi ayam istimewa

Nasi ayam istimewa

Saya selalu masak nasi ayam, kadang sampai jemu asyik guna resepi yang sama sahaja. Kali ini, saya cuba resepi nasi ayam yang baru saya belajar dari seorang kawan. Kelebihan resepi nasi ayam istimewa ini kerana menggunakan gula merah. Resepi yang lain dari yang lain dan pasti rasanya sangat enak. Resepi ini sesuai untuk dihidangkan untuk anak-anak sebab tak terlalu pedas. Ayam yang dicampur dengan sedikit madu memberikan kelainan pada rasanya.

Selain itu, resepi nasi ayam istimewa ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan masa untuk sediakan sekejap saja. Sangat sesuai bagi mereka yang sibuk. Saya masak nasi terus didalam rice cooker. Boleh juga masak menggunakan bahan asas didalam periuk lain dan tuang kedalam rice cooker. Gunakan api yang perlahan sahaja. Saya masak nasi bersama dengan sedikit lemak ayam. Jika anda kurang gemar, boleh gantikan dengan tulang-tulang ayam. Rasa yang sedikit berbeza.

Ayuh ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak nasi ayam istimewa. Selamat mencuba!

Bahan-bahan masakan nasi ayam istimewa

Bahan-bahan resepi nasi ayam istimewa ini ialah untuk 4-5 orang makan. Seeloknya anda cuba dahulu mengikut apa yang saya cadangkan ini. Dapatkan dahulu rasanya kemudian baru olah mengikut bilangan ahli keluarga anda. Berikut adalah bahan-bahan untuk memasak nasi ayam istimewa.

  • 3 cawan beras - dibasuh dan ditoskan airnya sehingga kering.
  • 2 helai daun pandan – diikat dan masukkan dalam rice cooker. Nasi akan bertambah wangi.
  • 1 inci – dihiris nipis. Anda juga boleh tumbuk halia jika suka.
  • 1 sudu kecil garam – kurangkan atau tambah mengikut selera anda.
  • 3 cawan air rebusan ayam untuk masak nasi – gunakan cawan yang sama untuk sukatan beras.
  • Sedikit lemak ayam untuk penambah rasa – jika tidak suka, anda boleh gantikan dengan kiub pati ayam.

Cara-cara memasak nasi ayam istimewa

Ikuti panduan cara-cara memasak nasi ayam istimewa. Masakan yang ringkas, mudah dan cepat. Rasa yang sangat sedap. Hidangan ini untuk 5 orang makan.

  • Beras dibasuh sehingga bersih. Kemudian ditoskan airnya sehingga kering. Untuk menggunakan beras Basmathi, anda rendamkan beras lebih kurang 5 minit.
  • Kemudian, panaskan rice cooker dengan sedikit majerin atau minyak sapi
  • Seterusnya, tumiskan bawang putih, halia yang dihiris dan daun pandan sehingga berbau wangi.
  • Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras.
  • Akhir sekali, tutup tudung periuk dan tanak nasi seperti biasa.
  • Nasi ayam istimewa siap untuk dihidangkan.

Tips

Nasi ayam istimewa sedap dimakan bersama sup yang masih panas-panas. Sos cili nasi ayam istimewa kurang pedas. Bagi mereka yang gemar masakan pedas, tambahkan cili sewaktu memasak sos cili nasi ayam. Boleh juga digantikan dengan sos kicap. Untuk resepi ayam nasi ayam istimewa, sos cili dan sup saya kongsikan dilain waktu.

Hidangan ini boleh dimasak bersama dengan anak-anak di waktu cuti sekolah. Masakan yang ringkas. Pasti anak-anak anda sangat suka. Resepi nasi ayam istimewa jika dihidangkan pada hari minggu dan makan bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan. Selamat menjamu selera.

Add new comment