Resepi sambal tumis ikan bilis

Sambal tumis ikan bilis

Hari ini saya ingin kongsikan resepi sambal tumis ikan bilis. Resepi ini sesuai dihidangkan bersama nasi lemak. Resepi ini saya belajar dari bonda saya. Saya olah sendiri mengikut selera keluarga. Bgai mereka yang gemar makan kuih burger Malaysia, boleh gunakan resepi ini untuk buat intinya. Bau aroma tumisan sambal tumis ikan bilis buat saya tak sabar nak makan. Resepi ini agak pedas, boleh kurangkan cili jika anda tidak mengemari makanan pedas.

Selain itu, sambal tumis ikan bilis sedap juga dimakan dengan roti canai atau roti jala. Cara masakan yang sendiri memberikan kelainan terhadap resepi anda. Untuk masak sambal tumis ikan bilis, gunakan ikan bilis gred A. Rasa ranggup bila digoreng dan lebih sedap. Resepi sambal tumis ikan bilis cukup ringkas dan mudah untuk disediakan.

Pasti ramai yang mahir masak nasi lemak. Untuk masak sambal tumis ikan bilis yang sedap, pasti ada rahsianya. Jangan kita buang masa lagi, ayuh ikut saya kedapur untuk lihat bahan-bahan yang digunakan serta cara masakan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan masakan

Berikut adalah bahan-bahan untuk masak sambal tumis ikan bilis. Hidangan ini untuk 5 orang makan. Antara bahan yang diperlukan ialah:

  • 500 g ikan bilis gred A.
  • 15 tangkai cili kering – rebus dan buangkan biji.
  • 3 ulas bawang merah – saya gunakan bawang merah kecil. Rasanya lebih manis dan sedap.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia – kupas kulit dan hiris kasar.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara memasak sambal tumis ikan bilis

Terdapat pelbagai cara untuk masak sambal tumis ikan bilis. Ikan bilis boleh digoreng dahulu atau dimasak terus bersama sambal. Pilih cara yang paling anda suka.

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separuh garing. Jangan goreng terlalu garing kerana ikan bilis akan dimasak lagi bersama sambal. Angkat dan toskan minyak.
  • Kemudian, kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus. Boleh juga dikisar bersama sedikit ikan bilis jika suka.
  • Gunakan minyak yang sama, tumiskan sambal sehingga pecah minyak.
  • Masak dengan api yang sederhana. Gaul sambal supaya tidak hangit dibahagian bawah.
  • Langkah seterusnya, masukkan gula dahulu dan teruskan masak sambal.
  • Kacau rata sehingga kuat pekat.
  • Masukkan ikan bilis goreng dan kacau lagi. Rasa dahulu sambal tumis sebelum anda masukkan garam.
  • Kurang masin, boleh tambahkan sedikit garam.
  • Sambal tumis ikan bilis siap untuk dihidangkan.

Tips

Kenapa saya letak gula dahulu dalam sambal tumis ikan bilis? ini rahsianya, warna sambal akan kelihatan lebih menarik dan lebih merah. Masak sehingga ikan bilis sebati dengan sambal tumis.

Kelainan rasa bergantung pada sukatan garam dan gula serta campuran bahan dalam sambal. Kadang-kala kepekatan sambal turut mempengaruhi rasanya. Tips untuk mendapatkan rasa sambal yang sempurna ialah mencuba berkali-kali dengan sukatan bahan-bahan yang sedikit berbeza.

Selain itu, saya juga sering mengubah cara memasak resepi sambal tumis ikan bilis ini. Kadang-kala, apabila ikan bilis telah masak digoreng, saya terus masukkan bahan kisar kedalam belanga dan masak bersama ikan bilis tersebut.

Memasak sambal tumis ikan bilis adalah mudah dan ringkas. Tidak menggunakan bahan yang banyak dan kos yang tinggi. Sambal tumis ikan bilis sedap dimakan dengan nasi lemak atau roti jala. Semoga resepi sambal tumis ikan bilis ini menjadi hidangan istimewa keluarga anda dihujung minggu. Selamat menjamu selera.

Add new comment