Resepi puding trifle sedap

Puding trifle

Puding ialah antara dessert atau pemanis mulut yang sangat popular. Kali ini kami akan kongsikan satu resepi puding yang sedap iaitu puding trifle. Ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk dihasilkan. Puding ini juga sedap dimakan ketika sejuk. Ia boleh dijadikan sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai. Bahan-bahan untuk menghasilkan puding ini senang untuk dibeli dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Rasa puding trifle yang sedap dan manis sangat sering dijadikan menu tambahan pada kenduri, rumah terbuka, juadah hari raya dan majlis-majlis keramaian.

Bahan-bahan (A)

Resepi puding trifle ini menggabungkan rasa masam manis dari jus buah-buahan koktel bersama susu dan gula. Ingin mencuba resepi puding yang baru, anda haruslah mencuba resepi ini. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah:

  • 1 bungkus kek gulung mengikut perisa yang disukai
  • 1 cawan air
  • 1 tin buah-buahan koktel
  • kotak agar-agar segera perisa strawberi
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 3 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula

Cara memasak puding

Memasak puding trifle adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah dibawah:

  • Campurkan tepung kastard, gula dan susu segar
  • Kemudian masak sehingga mendidih dan ketepikan dulu
  • Potong kek gulung dan susun didalam acuan yang disediakan
  • Kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuang ke atas kek tadi
  • Tuangkan tepung kastard diatas permukaan kek sama rata
  • Tabur kan buah-buahan koktel di atas kastard
  • Masakkan agar-agar segera bersama secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi
  • Masukkan kedalam peti sejuk sebelum dimakan
  • Puding trifle sedia dihidangkan

Tips

Kacau rata semasa proses memasak tepung kastrad, gula dan susu cair untuk megelakkan bahan berketul. Gunakan api yang sederhana kuat.

Puding trifle sesuai dihidangkan pada minum petang atau selepas makan tengahari. Mengambil masa 10 minit sahaja untuk disediakan. Sediakan dengan ikhlas, pasti keluarga anda akan menikmati semasa makan. Anda boleh kurangkan sukatan gula jika tidak mahu puding ini terlalu manis. Selamat menjamu selera.

Add new comment