Resepi puding sagu mata ikan

Puding

Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang sedap dimakan. Ada yang perlu dimasak dan ada yang boleh dicampur-gaul untuk dimakan begitu saja. Sesetengah pencuci mulut sangat sedap dihidangkan sejuk dan ada yang boleh dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Resepinya mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Pencuci mulut juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu bawa pulang. Selain itu, ramuan yang diperlukan sangat mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Disini, kami kongsikan menu resepi puding sagu mata ikan yang sangat menyelerakan pasti membuka selera anda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan (A)

Langkah pertama untuk memasak sagu ialah rendam terlebih dahulu supaya sagu cepat mengembang. Untuk mempercepatkan proses memasak seeloknya semua bahan ini disediakan terlebih dahulu. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 2 cawan sagu mata ikan
  • 5 cawan air
  • Sedikit pewarna (mengikut citarasa masing-masing)
  • 1 tin susu cair (390 mililiter)
  • 1 tin buah-buahan koktel (untuk hiasan)

Bahan-bahan (B) (air gula)

Untuk air gula yang akan dimakan dengan puding sagu mata ikan ini nanti, anda memerlukan bahan-bahan seperti dibawah:

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air

Cara memasak puding

Akhirnya tibalah masa untuk kita memasak puding sagu mata ikan. Caranya sangat mudah seperti langkah dibawah:

  1. Rendam sagu selama 10 minit untuk memudahkan proses memasak
  2. Didihkan air, masukkan sagu yang direndam tadi dan sedikit pewarna
  3. Kacau sagu sehingga masak
  4. Kemudian masukkan sagu kedalam bekas acuan dan sejukkan didalam peti ais untuk seketika
  5. Masukkan semua bahan B kedalam periuk
  6. Kemudian tunggu sehingga mendidih dan sedikit pekat
  7. Keluarkan sagu yang disejukkan tadi, dipotong kecil dan masukkan kedalam mangkuk
  8. Tuang sedikit susu cair dan hiasakan dengan buah-buahan koktel
  9. Tuang sedikit gula merah dan sedia untuk dihidangkan

Tips

Biarkan sejuk dahulu sebelum. Lebih sedap dimakan pada tengahari atau selepas makan. Pasti membuatkan anda terliur.

Puding sagu mata ikan ini sangat mudah dan sedap dimakan diwaktu petang. Anda boleh memilih untuk menghidangkannya kepada keluarga pada hari minggu. Puding ini boleh dijadikan menu sampingan untuk anak-anak. Jangan buang air buah koktel, lebih sedap jika dicampur bersama susu dan gula merah ketika hendak makan. Selamat menjamu selera.

Add new comment