Resepi puding roti istimewa

Puding roti istimewa yang sangat sedap

Kali ini saya ingin kongsikan resepi puding roti istimewa. Saya seorang yang gemar makan puding, tidak kisah apa jenis puding asalkan sedap. Memandangkan cuaca di Malaysia adalah panas, puding adalah resepi makanan kegemaran dan selalu dihidangkan pada waktu tengahari. Cuaca panas, kalau makan benda sejuk memang terbaik. Resepi puding istimewa kali ini saya belajar dari buku resepi. Seperti biasa, saya ni bukan jenis orang yang ikut 100% resepi, mesti nak olah ikut selera sendiri. Baru puas bila makan.

Puding roti istimewa ini boleh dimasak dengan dua kaedah. Kalau suka anda boleh bakar atau boleh juga dikukus. Untuk resepi kali ini saya gunakan kaedah membakar. Bakar dengan menggunakan suhu yang telah ditetapkan. Selalu puding roti akan disajikan bersama sos kastard, tapi kali ini ada sedikit kelainan. Puding roti istimewa boleh dimakan begitu saja tanpa sosnya. Rasa yang lemak sangat sedap dimakan.

Resepi ini boleh dicuba bersama anak-anak dihujung minggu dan cuti sekolah. Sedap dihidangkan bersama keluarga pada hujung minggu. Ayuh kita ke dapur untuk lihat antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak puding roti istimewa. Selamat mencuba!

Bahan-bahan masak puding roti istimewa.

Resepi puding roti istimewa sangat mudah dan ringkas. Hanya menggunakan bahan asas sahaja. Tidak perlukan kos yang tinggi untuk menyediakannya. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 6 keping roti Gardenia – boleh juga gunakan jenama lain. Roti dipotong empat atau cube.
  • 2 cawan susu segar.
  • 1/2 cawan gula kaster – kurangkan jika anda tidak suka makan manis.
  • 1 sudu besar mentega.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 biji telur – dibasuh dahulu dan dipukul rata.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • Segengam kismis.
  • Sedikit serbuk kayu manis – jika suka.

Cara memasak puding roti istimewa

Proses memasak puding roti istimewa ini sangat mudah dan cepat. Anda hanya perlu mengikut cara dan langkah yang disediakan:

  • Langkah pertama panaskan susu selama 5 ke 10 minit dan tunggu sehingga hampir mendidih.Tutupkan api.
  • Kemudian masukkan roti dan gaul sehingga roti tenggelam dalam susu.
  • Seterusnya masukkan garam, gula dan mentega. Gaul rata dan biarkan sejuk untuk seketika sebelum masukkan telur.
  • Seterusnya masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata sehingga sebati.
  • Akhir sekali, anda boleh masukkan kismis. Taburkan diatas permukaan roti. Jika suka boleh juga dimasukan sedikit serbuk kulit kayu manis.
  • Sediakan loyang atau bekas acuan. Sapukan dengan sedikit mentega disekeliling loyang.
  • Tuangkan adunan kedalam Loyang secara perlahan. Masukkan Loyang kedalam bekas besar yang diisi dengan air panas. Menggunakan kaedah bakar steam bath.
  • Bakar pada suhu 180c dan mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga satu jam.
  • Puding roti istimewa sedia untuk dihidangkan.

Tips

Untuk mendapatkan tekstur yang cantik, puding roti istimewa lebih cantik jika diisi didalam bekas-bekas kecik. Lebih sedap gunakan kalau letak kismis banyak. Rasa kismis yang manis. Semua sukatan bergantung kepada kesedapan sendiri. Jika suka manis, boleh tambahan gula. Jika suka lemak, boleh tambahkan susu cair.

Semoga resepi puding roti istimewa menjadi hidangan pencuci mulut pada hujung minggu anda. Boleh dimakan panas-panas dan sejuk. Selamat menjamu selera.

Add new comment