Resepi puding coklat sedap

Puding coklat

Resepi puding yang ingin dikongsi kali ini bertemakan coklat. Pasti ramai yang menggemari coklat. Puding coklat ini tidak mengunakan agar-agar atau jeli. Rasanya yang lembut dan manis sangat sedap bila dihidangkan diwaktu tengahari. Teksturnya seperti dadih dan rasa coklat yang banyak membuatkan setiap orang yang makan pasti ingin makan lagi. Oleh kerana ia menggunakan coklat sebagai bahan utama, sudah pasti ia menjadi menu pilihan pencuci mulut anak-anak dan keluarga. Bagi penggemar coklat apa tunggu lagi, mari kita sama-sama cuba resepi puding coklat yang mudah dan sedap ini.

Bahan-bahan (A)

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding coklat, mudah didapati dikedai-kedai runcit dan tidak mengeluarkan kos yang besar. Antara bahan yang diperlukan ialah:

  • 500 ml susu segar
  • 80-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g coklat masakan - dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk koko (boleh ditambah jika suka)
  • 25 g tepung jagung – dibancuh bersama susu

Cara memasak puding

Proses memasak puding coklat ini sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut cara dan langkah yang disediakan:

  • Masukkan susu segar, gula, mentega dan coklat dimasak bersama dan tunggu sehingga mendidih
  • Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan dikacau terus
  • Kacau campuran puding coklat sehingga menjadi licin
  • Apabila adunan dimasak dengan betul, tutupkan api
  • Hiaskan puding bersama buah-buahan koktel atau kacang hijau mengikut selera dan kreativiti masing-masing
  • Simpan didalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan

Tips

Puding coklat ini tidak sesuai untuk dimasukkan kedalam loyang atau bekas acuan puding, kerana ia jenis yang lembut dan tidak boleh dipotong. Lebih sesuai diisikan didalam cawan-cawan kecil supaya mudah untuk disajikan kepada para tetamu. Jika anda menggunakan serbuk koko, lebihkan bancuhan tepun jagung sedikit kerana adunan agak lembut daripada menggunakan coklat masakan.

Puding coklat sangat mudah disediakan dan boleh dijadikan menu minum petang bersama keluarga pada hujung minggu. Boleh dimasak bersama anak-anak disamping dapat memupuk minat anak-anak didalam bidang masakan. Ia tidak memerlukan masa yang lama, hanya 10 minit sahaja, puding coklat sedap siap dihidangkan. Sehingga ketemu lagi, selamat mencuba dan menjamu selera.

Add new comment