Resepi puding coklat marble

Puding coklat marble

Pasti ramai yang suka makan puding marble, tapi ramai juga yang kata agak sukar untuk membuatnya. Terdapat pelbagai resepi untuk membuatnya dan cara yang berbeza. Rasanya yang sedap dan dihasilkan bersama coklat pasti membuatkan ramai yang suka terutamanya kanak-kanak. Sedap dimakan ketika sejuk. Selain itu, puding coklat marble sering dihidangkan sebagai pencuci mulut pada majlis harijadi dan kenduri-kendara. Kali ini kami kongsikan cara mudah untuk menghasilkan puding roti coklat marble. Tidak memerlukan masa yang lama untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan puding coklat marble

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan ialah untuk masak puding coklat marble:

  • 4 keping roti (saya guna roti gardenia)
  • 2 biji telur gred B
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula – boleh kurangkan sukatan jika terlalu manis
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara memasak

Berikut adalah cara-cara untuk masak puding coklat marble

  • Masukkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula kedalam periuk dan didihkan
  • Kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan ½ cawan air
  • Kemudian masukkan bahan kisar tadi kedalam periuk yang sudah direnehkan tadi
  • Seterunya, masukkan majerin dan masak sehingga mendidih. Kemudian tutupkan api
  • Bahagikan kepada 2 adunan didalam mangkuk yang berasingan
  • Kemudian, satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi campurkan dengan serbuk koko. Serbuk koko hendaklah dibancuh dahulu bersama air panas sebelum dicampurkan supaya adunan tadi tidak bergetul
  • Sediakan acuan atau bekas untuk masukkan puding
  • Kemudian, sendukkan satu warna asli dan letakkan ditengah-tengah loyang atau acuan puding
  • Seterunya, ambil satu senduk warna koko dan tuangkan diatas puding warna asli tadi. Biarkan ia bergerak sendiri ketepi. Jangan lorekkan puding tadi.
  • Ulangi langkah tersebut sehingga adunan puding habis.
  • Sejukkan didalam peti ais selama satu jam atau lebih.

Tips

Ketika proses melapis adunan antara satu sama lain hendaklah dilakukan denganpantas kerana puding atau agar-agar cepat sejuk dan beku. Jika anda tidak suka makan puding ini yang agak berlemak, boleh kurangkan sukatan susu cair. Kemanisan puding bergantung kepada sukatan gula yang dimasukkan. Boleh dicampurkan coklat hersheys jika suka.

Puding coklat marble boleh dihidangkan untuk tetamu dan dijadikan menu untuk minum petang bersama keluarga pada hujung minggu. Selain itu, boleh dijadikan buah tangan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara. Kongsikan resepi ini bersama kami. Selamat menjamu selera.

Add new comment