Resepi puding buah anggur

Puding buah anggur

Puding atau lebih dikenali dengan nama pencuci mulut sangat popular. Cara penyediaan yang mudah dan ringkas. Terdapat pelbagai resepi dan bahan yang digunakan untuk memasak puding. Kali ini kami ingin kongsikan satu resepi puding yang berasaskan buah-buahan iaitu resepi puding buah anggur. Anggur mengandungi khasiat yang banyak. Ia juga dapat membantu menurunkan proses berat badan seseorang. Antara lain ia kaya dengan serat, air dan nutrisi dan dapat mencegah kerosakan mata. Selain itu ia dapat membantu mencegah daripada penyakit kanser, strok dan jantung. Oleh itu, mari kita sama-sama amalkan gaya hidup yang sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mendapat tubuh badan yang cergas.

Resepi ini boleh dicuba bersama anak-anak dihujung minggu dan cuti sekolah. Sedap dihidangkan bersama keluarga pada hujung minggu. Ayuh kita ke dapur untuk tengok antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Selamat mencuba.

Bahan-bahan memasak puding buah anggur

Resepi puding buah anggur resepi yang ringkas. Menggunakan bahan asas sahaja. Tidak perlukan kos yang tinggi untuk menyediakannya. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 10 gram serbuk agar-agar perisa anggur – Boleh juga gunakan buah anggur yang segar. Untuk menggunakan buah anggur, anda kisar dahulu sehingga halus
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan buah-buahan koktel
  • 2 cawan gula – Jika tidak suka manis, anda kurangkan sukatan

Cara memasak puding buah anggur

Proses memasak puding buah anggur ini sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut cara dan langkah yang disediakan:

  • Masukkan 5 cawan air kedalam periuk masak sehingga mendidih
  • Kemudian masukkan serbuk agar perisa anggur dan 2 cawan gula. Kacau sehingga semua bahan sebati
  • Apabila adunan masak dengan baik, tutupkan api
  • Bahagikan adunan kepada dua mangkuk sama banyak
  • Mangkuk pertama biarkan warna asal, untuk mangkuk kedua campurkan adunan dengan 1 cawan susu cair. Kemudian kacau rata
  • Sediakan Loyang atau bekas acuan. Basahkan sedikit acuan supaya puding tidak melekat di dalam acuan
  • Langkah terakhir, senduk satu adunan warna asal dan tuang kedalam acuan. Biarkan adunan tadi keras sedikit. Kemudian sendukkan satu adunan yang dicampur dengan susu cair dan tuang kedalam acuan yang sama.
  • Ulangi langkah ini sehingga adunan habis. Akhir sekali taburkan buah-buahan kotel dan hiaskan dengan buah anggur diatas puding
  • Sejukkan dahalu sebelum dihidangakan. Puding buah anggur siap untuk dihidangakan

Tips

Untuk mendapatkan tekstur yang cantik, puding coklat buah lebih elok diisi didalam bekas-bekas kecik. Lebih sedap gunakan anggur segar. Semua sukatan bergantung kepada kesedapan sendiri. Jika suka manis, boleh tambahan gula. Jika suka lemak, boleh tambahkan susu cair.

Masa untuk penyediaan puding buah anggur ialah selama 15 minit sahaja. Sangat cepat dan mudah. Ia sedap dimakan ketika sejuk dan dihidangkan kepada tetamu untuk minum petang. Hiaskan mengikut kreativiti anda. Ia pasti menjadi kegemaran keluarga anda. Selamat mencuba Resepi puding buah anggur dan selamat menjamu selera.

Add new comment