Resepi mudah untuk buat bergedil kentang

Bergedil kentang

Resepi yang mudah dan senang untuk buat bergedil kentang. Kali ini, bergedil ini menggunakan kentang sahaja tidak dicampur dengan ayam atau daging. Terpulang jika suka boleh dicampur dengan ayam atau daging, rasanya lebih sedap. Resepi bergedil kentang ini adalah salah satu menu untuk dihidangkan kepada anak-anak, boleh juga dijadikan menu minum petang pada hujung minggu.

Cara membuatnya tidaklah susah dan tidak mengambil masa yang lama. Selain itu, barang yang digunakan untuk masak bergedil kentang tidak memerlukan kos yang tinggi dan hanya menggunakan bahan asas sahaja. Terdapat pelbagai cara untuk buat masak bergedil dan diubah mengikut selera masing-masing. Selain itu, bergedil juga boleh dimakan dengan bubur nasi bersama sambal kicap dan ikan bilis. Sangat sedap dimakan ketika masih panas-panas. Jika anda ingin campurkan bersama daging atau ayam hiris daging dan ayam halus-halus dan dimasak dahulu. Gunakan minyak yang banyak supaya bergedil kentang masak dengan sekata. Jom kita ke dapur dan sama-sama lihat cara-cara memasak bergedil kentang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk bergedil kentang

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bergedil kentang. Iaitu

  • 3 biji kentang – bergantung pada berapa orang makan
  • 1 biji bawang besar – lebih sedap jika gunakan bawang Holland dan dihiris nipis
  • Daun sup – dihiris halus
  • Daun bawang – dihiris halus
  • Cili besar – dihiris nipis
  • Cili padi – dihiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada hitam
  • Sebiji telur ayam – dibasuh dahulu

Cara-cara memasak bergedil kentang

Cara untuk memasak bergedil ini ada dua cara. Antaranya ialah kentang boleh digoreng dahulu kemudian dilenyekkan dan satu lagi kentang direbus dahulu kemudian dilenyekkan. Semuanya terpulang pada cara sendiri dan kreativiti masing-masing

  • Langkah pertama, kupas kulit kentang dahulu kemudian basuh dan toskkan airnya
  • Kemudian kentang di potong empat dan rebuskan sehingga kentang empuk
  • Setelah kentang empuk, angkat dan toskan airnya
  • Kemudian lenyekkan kentang sehingga halus
  • Kemudian campurkan kentang yang dilenyek tadi bersama bahan hirisan dan gaul rata. Masukkan garam dan lada hitam sebagai pelengkap rasa
  • Seterusnya, bentukkan bergedil kentang bulat-bulat mengikut citarasa masing-masing
  • Pecahkan sebiji telur didalam mangkuk, kacau sehingga kembang dan celupkan bergedil tadi kedalam telur sebelum digoreng. Goreng bergedil sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak dahulu
  • Bergedil kentang siap untuk dihidangkan

Bulat-bulatan kan bergedil mengikut bentuk yang disukai

Tips

Gunakan api yang perlahan semasa mengoreng bergedil dan jangan dibalik-balikkan bergedil terlalu kerap kerana akan bergedil akan hancur.

Bergedil kentang ini cukup sedap dijadikan hidangan buat keluarga makan tengahari atau malam. Selain itu, bergedil juga boleh dimakan bersama soto ayam dan nasi putih bersama sup. Pasti membuka selera anda. Kepada mereka yang ingin belajar untuk bergedil, boleh cuba resepi ini. Mudah, cepat dan senang. Selamat menjamu selera.

Tags: 

Add new comment