Resepi masak kari ayam mamak

Kari ayam

Kali ini, kami ingin kongsikan satu resepi yang sangat sedap dan pasti menyelerakan buat anda semua iaitu resepi kari ayam mamak yang mudah dan senang untuk disediakan. Sebagai seorang isteri dan ibu sangat penting untuk jaga pemakanan keluarga supaya anak-anak dan keluarga sentiasa sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu anak-anak membesar dengan baik dan cergas.

Kari ayam mamak sangat sedap dimakan bersama ketupat palas atau lemang. Ia sering dijadikan menu untuk berbuka puasa dan rumah terbuka. Selain itu, ia juga adalah menu yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Mungkin ada sedikit perbezaan cara memasak, resepi ini telah diolah oleh saya mengikut kesedapan keluarga sendiri.

Terdapat pelbagai resepi dan cara memasak yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing. Kesedapan kari ayam mamak bergantung pada kuahnya yang pekat. Ia boleh dimakan bersama roti jala untuk hidangan minum petang. Cara memasaknya juga sangat ringkas dan menjimatkan masa anda. Jom kita sama-sama cari bahan untuk masak kari ayam mamak. Selamat mencuba.

Bahan-bahan

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kari ayam mamak ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan, mengikut citarasa masing-masing.
  • 2 biji kentang di potong empat – jika suka boleh letak banyak.
  • Sebiji bawang besar – dihiris nipis atau bulat, bergantung pada kreativiti masing-masing.
  • 4 ulas bawang putih – dicincang halus.
  • 3 inci halia – dicincang halus.
  • 2 biji tomato - Dibelah dua.
  • 2 biji cili besar - dibelah dua.
  • 3 biji cili kecil - Kurangkan jika anda tidak ingin terlalu pedas.
  • Air secukupnya.
  • 8 sudu besar rempah kari – saya gunakan rempah kari Faiza.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Bunga lawang dan buah pelaga.
  • Gula dan garam sebagai penambah perasa.

Cara masak kari ayam mamak

Apabila semua bahan telah tersedia, kita boleh mula memasak. Berikut adalah langkah-langkah penyediaan dan cara masak kari ayam mamak.

  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan bersama bawang putih, halia, bawang merah dan daun kari sehingga naik bau yang harum.
  • Kemudian masukkan 8 sudu besar rempah kari dan kacau rata sebelum memasukkan air. Jika ingin memasak kari ayam pekat mamak, masukkan lebih rempah kari (10 sudu besar). Jangan terlalu banyak kerana kari akan terasa sedikit pahit nanti.
  • Teruskan kacau rempah kari sehingga pecah minyak dan sedikit garing. Perlahankan api supaya rempah tidak hangit
  • Kemudian masukkan kentang.
  • Seterusnya masukkan ayam dan kacau rata supaya ayam masak sebati bersama rempah tadi.
  • Tutupkan periuk supaya ayam cepat masak.
  • Jika kering, tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  • Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing. Jika tidak suka kuah pekat boleh tambahkan air dan masak lagi.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masukkan buah tomato dan juga cili yang dibelah dua tadi.
  • Resepi kari ayam mamak siap untuk dihidangkan.

Tips

Sedikit tips untuk dikongsi rempah kari hendaklah digoreng dahulu sehingga kering dan tumis dengan menggunakan api yang perlahan. Cara ini dapat memberi rasa yang berbeza dalam masakan anda dan rempah akan dimasak dengan elok. Jangan masukkan asam keping dahulu kerana akan menyebabkan kuah sedikit masam, lebih baik masukkan bersama garam dan gula. Lebih sedap jika gunakan santan perah.

Jika anda inginkan sedikit rasa lemak dalam kari, masukkan susu cair atau santan sebelum menambah gula dan garam semasa memasak.

Kari ayam mamak sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriyani atau nasi minyak. Selain itu, boleh dimakan bersama lempeng dan dijadikan sebagai menu minum petang. Resepi ini diwarisi oleh turun temurun keluarga saya dan tidak ada masalah untuk anda variasikan resepi ini. Selamat mencuba resepi kari ayam mamak dan menjamu selera bersama keluarga anda.

Add new comment