Resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah

resepi kepak ayam bakar yang sangat sedap

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah. Bahagian ayam yang paling digemari oleh semua orang terutama kanak-kanak ialah kepak dan paha ayam. Jadi resepi ini juga boleh digantikan dengan paha ayam. Kalau nak beli dekat luar memang ada jual, tapi kadang-kadang tu rasa tak sedap. Kebersihan penting ok. So, untuk jimatkan kos, saya cuba cari resepi kepak ayam bakar. Resepi ini saya belajar dari buku masakan, seperti biasa saya pasti akan olah mengikut selera sendiri.

Resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah ini tidak memerlukan bahan-bahan masakan yang banyak. Saya gunakan bahan asas yang mudah dibeli. Kepak ayam bakar sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimakan bersama nasi putih. Pastikan anda memilih kepak ayam yang masih segar supaya bila dimasak, kepak ayam tidak lembik atau berbau.

Ayuh ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan masakan yang digunakan dan cara memasak kepak ayam bakar yang sangat mudah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan bagi resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah:

  • 2 inci halia – ditumbuk.
  • 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk.
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk juga.
  • 5 bahagian kepak ayam.
  • 1 sudu makan madu.
  • 1 sudu makan sos tiram.
  • Garam secukup rasa.
  • 3 sudu makan minyak masak – disapu di atas ayam sebelum dibakar.

Cara memasak resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah

Berikut adalah cara-cara untuk masak kepak ayam bakar. Resepi yang sangat mudah, cepat dan ringkas. Resepi ini sangat sedap dihidangkan kepada anak-anak ketika cuti sekolah.

  • Bersihkan kepak ayam dan basuh sehingga bersih. Kemudian tuskan airnya sehingga kering.
  • Seterusnya gaulkan kepak ayam dengan semua bahan dan perapkan selama satu jam atau lebih.
  • Kemudian, bakar kepak ayam diatas pemanggang sehingga kelihatan garing.
  • Semasa proses membakar, sapukan dengan sedikit minyak, dan bakar sehingga masak bahagian dalam dengan elok.
  • Hidangkan dengan salad dan tomato.
  • Kepak ayam bakar yang sangat mudah siap untuk dihidangkan.

Tips

Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, lagi elok perap kana yam semalaman. Rasa perapan akan meresap kedalam bahagian ayam dengan elok. Jika anda kesuntukan masa, perapkan ayam sekurang-kurangkan 1 jam atau lebih. Selalu sapukan minyak atas kepak ayam semasa bakar, supaya kepak kelihatan sedikit basah dan tidak terlalu kering.

Resepi kepak ayam bakar yang sangat mudah ini boleh dijadikan menu hidangan istimewa untuk keluarga anda dihujung minggu. Hiaskan masakan anda dengan salad atau tomato supaya nampak lebih menarik dan menyelerakan. Selamat menjamu selera.

Add new comment