Resepi hati ayam masak kicap

Hati ayam masak kicap sedap

Hari ini saya masak makanan kegemaran ibu saya. Selalu masak yang simple saja, kebetulan hari ni, saya tak sibuk boleh masakkan apa yang ibu suka. Semalam saya pergi pasar, nampak hati ayam yang masih elok. Teringat yang ibu suka sangat kalau saya masak hati ayam masak kicap. Selain dari resepi hati ayam masak kicap, saya selalu masak dengan pelbagai resepi lain. Hati ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas dan dihidangkan bersama asam pedas. Untuk resepi asam pedas johor, saya kongsikan hari lain.

Masa saya kecik-kecik, ibu tak benarkan saya makan organ dalaman. Mungkin petua orang dulu sebabnya takut nanti bila belajar susah nak faham. Bila dah dewasa, saya makin suka makan hati ayam. Kalau rasa nak makan hati ayam, saya masak kat rumah saja. Tak pernah beli di kedai. Pernah sekali saya makan di kedai, bau hanyir hati ayam kuat sangat. Terus hilang selera nak makan.

Hari ini, saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang mudah dan ringkas dengan anda semua. Resepi hati ayam masak kicap. Jom ikut saya bersama-sama ke dapur untuk lihat bahan-bahan dan cara masak kicap hati ayam. Selamat mencuba!

Bahan-bahan masak hati ayam masak kicap

Berikut adalah bahan-bahan untuk hati ayam masak kicap. Antaranya seperti berikut:

  • 500 gram hati ayam – basuh hati ayam dengan menggunakan garam dan asam keping. Rendamkan selama 10 minit supaya hanyir hati ayam hilang. Kemudian toskan airnya sehingga kering.
  • 1 labu bawang besar – dihiris bulat.
  • 3 sudu cili kisar.
  • 3 biji cili padi – dibelah dua.
  • 4 sudu makan kicap pekat.
  • Sedikit air asam jawa.
  • Garam secukup rasa.
  • Satu sudu teh serbuk kunyit.
  • 2 helai daun kunyit.

Cara-cara memasak hati ayam masak kicap

Antara langkah-langkah untuk hati ayam masak kicap adalah seperti dibawah:

  • Gaulkan hati ayam bersama garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak, dan goreng hati ayam sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
  • Gunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah sehingga naik wangi.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap pecat bersama sedikit air asam jawa. Gaul sebati sehingga semua bahan mesra.
  • Seterusnya masukkan hati ayam yang digoreng tadi. Kacau rata sehingga masak. Boleh tambahkan air sedikit jika kuah pekat.
  • Taburkan hirisan daun kunyit dan cili padi.
  • Hati ayam masak kicap siap untuk dihidangkan.

Tips

Untuk mengelakkan hati ayam meletup semasa goreng, tutupkan kuali dengan tudung periuk. Tunggu sehingga hati ayam masak. Kemudian buka tudung periuk, kacau sebentar dan terus angkat. Goreng hati ayam dengan menggunakan minyak yang separuh panas. Jangan masukkan hati ayam ketika minyak panas. Bahaya takut anda akan terkena percikan minyak. Bagi resepi hati ayam masak kicap, saya tak masukan garam kerana hati ayam dah digaul dengan kunyit dan garam. Kalau kurang masin baru tambahkan sedikit garam.

Slain dari resepi hati ayam masak kicap, mungkin anda boleh pelbagai resepi masakan hati ayam seperti hati ayam goreng berempah, hati ayam masak beralada dan sebagainya. Variasikan menu tengahari dan makan malam supaya dapat membuka selera seisi keluarga anda. Selamat menjamu selera.

Add new comment