Resepi ayam percik simple

Ayam percik simple yang sangat sedap

Hari ini saya kongsikan satu resepi kegemaran ramai iaitu resepi ayam percik simple. Selalu kalau nak makan ayam percik, beli dekat pasar malam. Paling famous masa bulan puasa, mesti ramai yang beli ayam percik sebagai juadah berbuaka puasa. Resepi yang ingin dikongsikan hari ini cukup mudah dan simple untuk disediakan. Anda mesti cuba dirumah sebagai variasi hidangan keluarga. Rasanya lebih sedap dan yang paling penting kebersihannya terjamin. Resepi ayam percik simple ini ialah untuk hidangan 3 orang makan. Anda boleh tambah atau kurangkan sukatan bahan mengikut bilangan keluarga setelah mencuba resepi ini terlebih dahulu.

Resepi ayam percik simple ini sesuai dijadikan menu istimewa untuk keluarga dihujung minggu. Sedap dimakan bersama nasi yang masih panas-panas atau dicicah bersama sos. Mengikut selera masing-masing. Saya hanya gunakan bahan yang sedia ada didapur sahaja. Resepi ini saya belajar dari buku masakan, namun saya olah mengikut selera keluarga.

Jom ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan masakan yang digunakan dalam resepi ayam percik simple. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk resepi ayam percik simple

Berikut ialah antara bahan yang saya gunakan untuk masak resepi ayam percik simple yang sangat sedap dan mudah ini.Kisarkan semua bahan sehingga halus. Jika ingin rasa tekturnya yang agak kasar, anda boleh juga tumbuk semua bahan ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian. Saya gunakan bahagian paha dan kepak ayam sahaja. Boleh juga gunakan bahagian lain, bergantung pada selera sendiri.
  • 3 cawan santan pekat.
  • 1/2 cawan air asam jawa. – boleh kurangkan kalau tak suka masam.
  • 1 sudu teh gula pasir.
  • 1 sudu teh makan halba campur.
  • Garam secukup rasa.
  • 15 tangkai cili kering – direbus dahulu, kemudian ditoskan airnya, supaya biji cili kering mudah dikeluarkan.
  • 5 biji bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 batang serai.

Gunakan bahan yang segar dalam masakan supaya rasanya lebih enak

Cara memasak resepi ayam percik simple

Ikuti langkah-langkah memasak yang telah saya susun dengan betul. Berikut adalah cara untuk masak resepi ayam percik simple.

  • Bersihkan ayam dan tuskan airnya sehingga kering. Gaulkan ayam tadi bersama dengan sedikit garam.
  • Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga halus.
  • Kemudian, masukkan ayam didalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan pekat, halba, air asam jawa dan gula pasir.
  • Masak kesemua bahan tadi bersama ayam sehingga sederhana masak dan pastikan semua bahan tadi sebati dengan ayam. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit. Jangan sampai kering. Gunakan api yang perlahan.
  • Kemudian, alihkan ayam tadi di atas pemanggang dan bakar sehingga ayam kelihatan garing.
  • Hidangkan dan hiaskan dengan salad ataupun timun sebagai hiasan.
  • Resepi ayam percik simple siap untuk disajikan.

Hiaskan bersama salad dan tomato supaya lebih cantik

Resepi ayam percik simple, menu yang mudah dan cepat untuk disediakan. Bagi yang gemar makan ayam percik, boleh cuba resepi ini dirumah. Tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Menu yang ringkas, boleh disajikan pada tengahari atau malam. Lebih sedap jika ayam diperak bersama bahan kisar semalaman.

Pastikan anda masak dengan penuh kasih sayang, supaya setiap masakan anda akan menjadi lebih sedap. Jangan gunakan ajinamoto terlalu banyak dalam masakan sebaliknya hanya gunakan garam dan gula sebagai perasa masakan. Selamat mencuba resepi ayam percik simple yang dikongsikan ini dan selamat menjamu selera.

Add new comment