Resepi ayam penyet sedap

Ayam penyet

Resepi ayam penyet ini berasal dari Indonesia. Pelbagai cara masakan untuk ayam penyet yang diubah sendiri mengikut citarasa masing-masing. Jika, anda ke Indonesia ayam penyet akan dihidangkan bersama dengan tempe goreng, sambal dan ulam-ulaman dan dimakan bersama nasi putih. Semua bahan yang digunakan dalam masakan mesti ditumbuk sehingga lumat. Kini, ayam penyet makin popular bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia juga makin mendapat perhatian. Hari ini, kami kongsikan resepi yang cukup mudah dan cepat untuk masak ayam penyet ini. Mari kita cuba bersama-sama dan kongsikan hasilnya bersama kami.

Bahan-bahan untuk perapan ayam

Ayam penyet mesti diperap semalam, untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk perap, boleh jugak diperap selama 2 atau 3 jam sebelum dimasak.

  • 1 ekor ayam-lebih sedap jika menggunakan ayam kampung
  • Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki
  • Rebuskan ayam bersama pati sehingga ayam betul-betul masak dengan sekata
  • 1/2 sudu besar jintan manis dan jintan putih
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur

Cara memasak ayam penyet

  • Langkah pertama, sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar sehingga naik bau
  • Kemudian kisarkan bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam sehingga halus.
  • Bila dah siap kisar, lumurkan pada semua ayam bahagian ayam yang direbus tadi
  • Kemudian, perapkan ayam semalaman sebelum proses mengoreng

Tips

Bagi bahan perapan ayam tadi jangan dibuang terus kerana anda boleh gaulkan bersama tauhu dan tempe yang akan digoreng nanti. Pastikan ayam digoreng menggunakan minyak masak yang banyak, supaya ayam akan menjadi lebih ranggup dan lebih sedap dimakan ketika masih panas. Air rebusan ayam tadi, boleh digunakan untuk tanak nasi.

Kesimpulannya, ayam penyet sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk mebuatnya. Boleh dijadikan menu pilihan untuk makan tengahri bersama keluarga anda. Ayam penyet siap dihidangkan bersama nasi putih, sambal, sup, tauhu dan tempe goreng. Selamat menjamu selera.

Ayam penyet

Add new comment