Resepi ayam panggang lazat

Ayam panggang lazat

Hari ini tekak rasa macam nak makan ayam panggang. Selalu tak sempat nak masak, kalau rasa nak makan beli je dekat kedai. Pertama kali, saya belajar masak ayam panggang lazat ni memang ternyata rasa yang sangat lazat, sedap dan pasti akan saya masak lagi di lain hari. Saya hanya masak menggunakan pemanggang ajaib yang saya baru beli. Lagi puas hati bila dimasak sendiri. Rasa rempah yang sebati dengan ayam sangat menyelerakan. Saya perapkan ayam semalam didalam peti ais. Rasanya lebih lazat. Anda jangan risau kerana resepi ayam panggang lazat ni sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Lagi pun, menu ni sihat sebab tidak menggunakan minyak atau santan. Bagus untuk kesihatan kita.

Seperti biasa, saya akan mula cari resepi ayam panggang di internet atau bertanya pada kawan-kawan. Kemudian saya akan ubah sendiri mengikut citarasa sendiri. Baru kreatif. Setelah dicuba resepi ini dan disukai oleh keluarga saya namakan resepi ayam panggang lazat. Kenapa lazat? Apa rahsianya? Jom kita sama-sama ikut saya ke dapur, untuk saya kongsi resepi ini. Selain itu cara untuk memasak yang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Kepada anda yang ingin cuba resepi ini, semoga berjaya.

Bahan-bahan perapan ayam panggang lazat

Berikut adalah bahan-bahan untuk perap ayam panggang lazat. Kisarkan semua bahan-bahan ini sehingga betul-betul halus.

  • 1/2 ekor ayam – saya gunakan bahagian yang ada lemak dan kulit. Supaya ketika ayam dipanggang, ia akan basah dan tidak terlalu kering. Boleh pilih bahagian yang disukai.
  • 3 ulas bwang putih.
  • 5 biji bawang merah – saya gunakan bawang merah kecik.
  • 1 inci kunyit hidup – boleh digantikan dengan serbuk kunyit.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci lengkuas.
  • 2 sudu besar rempah kari – jika suka.
  • 8 tangkai cili kering – direbus dahulu, dan buang bijinya.
  • 3 batang serai.
  • 1 sudu teh jintan manis dan jintan putih.
  • 1 sudu teh gula dan garam – secukup rasa.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam – jika suka.

Cara memasak ayam panggang lazat.

Ayam panggang lazat antara resepi yang mudah dan simple untuk disediakan. Berikut adalah cara-cara untuk masak ayam panggang.

  • Kisarkan semua bahan-bahan perapan sehingga halus.
  • Kemudian, lumurkan pada ayam. Pastikan setiap bahagian ayam dilumur dengan bahan perapan. Jika anda pilih bahagian isi ayam, kelar sedikit isi ayam, supaya bahan perapan mudah serap dan ayam masak dengan elok.
  • Masukkan ayam kedalam bekas dan perapkan ayam panggang lazat didalam peti ais semalam. Jika anda kesuntukan masa, perapkan ayam selama 5 atau 6 jam.
  • Keluarkan ayam dari peti ais dan biarkan seketika, supaya suhu sejuk turun.
  • Langkah seterusnya, panaskan pemanggang ajaib. Lumurkan sedikit minyak atas pemanggang supaya ayam tidak melekat.
  • Susunkan ayam didalam pemanggang ajaib dan tutupkannya.
  • Biarkan ayam masak dengan sekata. Sekali sekala buka pemanggang dan sendukkan air ayam yang bertangkung.
  • Balik-balik kan ayam sehingga ayam masak dengan sempurna.
  • Ayam panggang lazat sedia untuk dihidangkan.

Tips

Jika anda menggunakan pemanggang ajaib, pastikan api jangan terlalu kuat. Sekali sekali boleh disapu bahan perapan tadi diatas ayam supaya ayam tidak terlalu kering. Ayam panggang lazat sedap juga dimakan bersama nasi putih panas-panas. Untuk simpan ayam didalam peti ais, pastikan simpan didalam bekas tertutup.

Resepi ayam panggang lazat ini boleh juga dimakan bersama nasi ayam. Selain itu, sedap juga dimakan begitu sahaja dan cicah dengan sos. Pasti anak-anak dan keluarga anda lebih menggemarinya. Sediakan bersama salad buah, supaya makanan anda seimbang. Resepi yang cukup mudah, ringkas dan simple. Pastikan anda mencubanya dirumah. Selamat menjamu selera.

Add new comment