Resepi ayam masak rendang asam

Rendang ayam

Ayam masak rendang asam adalah resepi kegemaran keluarga saya. Resepi ini saya pelajari dari internet. Nampak menarik dan lain dari lain. Saya cuba sendiri dan ada sedikit penambahan bahan yang saya tambah dalam resepi ini. Penjagaan pemakanan untuk kanak-kanak sangat penting kerana mereka sedang membesar. Bagi kanak-kanak menu tengahari adalah makanan yang sering dinanti-nantikan. Tidak kisah lah sama ada ia menu menumis, menggoreng atau berkuah. Hari ini kami ingin kongsikan satu resepi yang sangat menyelerakan dan mudah disediakan.Ayam adalah lauk yang paling disukai oleh kanak-kanak. Selain itu, ayam juga boleh dimasak dengan pelbagai resepi antaranya sup ayam, ayam masak kurma, ayam bakar dan sebagainya. Setiap resepi boleh di ubah mengikut citarasa dan selera keluarga anda. Memasak juga perlukan kreativiti, supaya setiap masakan yang dimasak mempunyai rasa yang tersendiri.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara memasak ayam rendang asam. Ia tidak menggunakan bahan yang banyak dan hanya menggunakan bahan asas sahaja. Sedap juga dimakan bersama ketupat atau pulut lemak. Ayuh kita lihat antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam rendang asam. Semoga resepi ini menjadi hidangan menu tengahari atau malam anda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan memasak ayam rendang asam

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam rendang asam. Antaranya ialah:

  • Seekor ayam dipotong empat atau lapan - mengikut citarasa masing-masing
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis atau bulat
  • 3 ulas bawang merah – saya lebih suka gunakan bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah - dipotong dua
  • 5 biji cili padi – boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 2 sudu makan asam gelugur
  • 1 cawan air
  • 3 batang serai - dihiris kasar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk tumisan ayam rendang asam

Semua bahan tumisan ini hendaklah dikisar halus. Bahan ini juga boleh ditumbuk atau digiling. terpulang kepada selera anda. Antara bahan-bahan tumisan ayam rendang asam ialah

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah - saya gunakan bawang merah kecik
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 sudu teh jintan manis - jika suka

Cara-cara memasak ayam rendang asam

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak ayam rendang asam. Iaitu

  • Bersihkan ayam terlebih dahulu dan dibasuhkan dengan limau kasturi untuk buang hanyir pada ayam
  • Setelah itu, lumurkan kuyit dan garam keseluruh bahagian ayam. Pastikan semua bahagian ayam disapu dengan rata. Lebih sedap jika diperap sekejap
  • Kemudian, panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak kekuningan. Angkat dan toskan minyak
  • Gunakan minyak yang sama dan tumiskan semua bahan tumisan sehingga wangi dan naik bau. Tunggu sehingga pecah minyak
  • Seterusnya, masukkan air asam gelugur, gula dan garam. Kacau lagi sehingga ia mendidih
  • Akhir sekali masukkan ayam dan cili api, cili merah dan bawang besar. Kacau seketika dan tutupkan api
  • Ayam rendang asam siap untuk dihidangkan

Tips

Gunakan api yang perlahan semasa mengoreng ayam dan minyak yang banyak supaya bahagian ayam masak dengan sekata. Kepada mereka yang ada masalah mata berair semasa mengupas bawang, gunakan tips ini bawang merah dibasuh dahulu dengan air sejuk dan diletakkan di dalam peti ais selama 10 minit sebelum mengupas kulit. Semoga ia membantu.

Variasikan menu tengahari dan malam anda untuk menarik minat si kecil anda dan keluarga. Air tangan ibu tiada tandigannya. Bakat memasak boleh dipupuk dan kepada mereka yang baru belajar masak, jangan malu untuk bertanya dan teruskan usaha anda untuk mempertingkatkan lagi mutu masakan anda. Semoga resepi ayam rendang asam ini dapat membantu anda. Selamat menjamu selera.

Add new comment