Resepi ayam masak merah berlada

Ayam masak merah

Ayam masak merah sangat terkenal kerana sering dihidangkan sebagai menu utama dirumah kenduri, rumah terbuka dan juadah berbuka puasa. Pelbagai resepi yang ada dan bermacam-macam cara diolah untuk menambah kesedapannya. Ayam masak merah juga sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak dan nasi putih. Ramai yang menggemari menu ini terutamanya kanak-kanak. Hari ini, kami kongsikan resepi ayam masak merah berlada yang sangat istimewa untuk anda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan

Proses memasak ayam masak merah akan mengambil masa yang agak lama sedikit. Untuk mempercepatkan proses memasak, sediakan bahan-bahan ini terlebih dahulu. Masukkan sos tomato sedikit kedalam masakan untuk rasa masam manis bila dimakan. Antara bahan-bahan yang anda perlu sediakan ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan, mengikut citarasa masing-masing
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar sos cili (jika suka)
  • Santan
  • 1 cawan air
  • Tomato
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
  • Garam dan gula
  • Santan
  • Minyak masak

Bahan kisar

Anda perlu mengisar beberapa bahan iaitu:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah dan bawang putih
  • 15 ke 20 tangkai cili kering

Bahan untuk menumis

Sediakan juga bahan untuk menumis:

  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia

Cara membuat ayam masak merah berlada

Berikut ialah langkah demi langkah untuk menghasilkan ayam masak merah berlada:

  1. Goreng ayam separuh masak. Jangan goreng terlalu lama, kerana ayam akan dimasak bersama sambal
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan gaul rata
  5. Masukkan air mengikut sukatan ayam dan santan untuk memekatkan kuah sambal ayam
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Kemudian masukkan tomato yang dihiris dua dan masak sehingga mendidih
  8. Apabila sudah sebati, taburkan daun ketumbar untuk mendapatkan bau yang wangi
  9. Ayam masak merah berlada siap untuk dihidangkan

Tips

Jika anda mengoreng ayam, gunakan minyak yang banyak supaya ayam masak rata. Masak sambal mengunakan lebihan minyak yang mengoreng ayam tadi. Jika anda memilih untuk tidak mengoreng ayam, masukkan ayam seketul-seketul bersama rempah sambal, supaya ayam masak dengan rata.

Ayam masak merah berlada sedap dimakan bersama dengan acar timun dan nasi briyani atau nasi minyak. Walau bagaimanapun, anda boleh menghidangkannya dengan nasi putih biasa bergantung pada selera masing-masing. Kami berharap anda berpuas hati dengan hasil masakan anda. Sehingga bertemu lagi dilain resepi, selamat menjamu selera.

Add new comment