Resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap

ayam masak lemak cili padi yang sangat lazat dan istimewa

Hari ini saya ingin kongsikan bersama dengan anda satu resepi turun temurun dari keluarga saya. Resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap. Bagi mereka yang memang mengemari masakan pedas, anda wajib cuba resepi ini. Resepi yang cukup mudah, semudah abc, tidak menggunakan bahan yang banyak, tapi ia menjanjikan kepedasan dan kesedapan yang sangat berbeza. Bagi anda yang kurang gemar masakan pedas, jika ingin cuba resepi ini, kurangkan cili padi dalam masakan.

Resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap ini, sesuai dihidangkan kepada tetamu yang datang kerumah anda. Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Hanya 10 ke 15 minit sahaja, ia siap dimasak dan boleh dihidangkan. Jom ikut saya ke dapur untuk lihat antara bahan yang saya gunakan dalam masakan ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk resepi ayam masak lemak cili padi

Berikut ialah antara bahan yang saya gunakan untuk masak resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap dan mudah ini.Kisarkan semua bahan sehingga halus. Jika ingin rasa tekturnya yang agak kasar, anda boleh juga tumbuk semua bahan ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 20 biji cili padi – boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Santan pekat
  • Daun kunyit untuk hiasan
  • 1 ekor ayam dipotong lapan – saya gunakan bahagian paha dan kepak ayam sahaja
  • Sedikit air asam jawa atau asam keping

Cara memasak resepi ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap

Ikuti langkah-langkah memasak yang telah saya susun dengan betul. Berikut adalah cara untuk masak lemak cili padi ayam yang sangat mudah dan lazat ini.

  • Langkah pertama, masukkan semua bahan yang dikasar atau ditumbuk kedalam periuk
  • Tidak perlu menumis dan tunggu sehingga mendidih sedikit.
  • Kemudian, tunggu sehingga bahan tadi naik bau yang wangi
  • Masukkan ayam dan biarkan masak seketika. Tutupkan periuk supaya ayam masak dengan sekata dan bahagian dalam ayam masak dengan sempurna.
  • Kemudian masukkan santan pekat dan kacau sentiasa, supaya tidak pecah minyak
  • Masukkan garam dan gula secukupnya
  • Ayam masak lemak cili padi yang sangat sedap siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Ayam masak lemak cili padi menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan makan tengahari buat keluarga dan anak-anak. Hiaskan masakan anda dengan hirisan daun kunyit dan cili merah supaya nampak lebih menarik dan menyelerakan. Selamat menjamu selera.

Add new comment